CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 5

Bunga Telang Untuk Kesuburan Rupanya!

[Copy link]
Post time 3-2-2016 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA

Siapa sangka bunga telang yang sering dijadikan bahan pewarna untuk nasi kerabu, mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.


Warna biru pekat pada kelopak sangat menarik perhatian dan jangan tak tahu ia boleh dijadikan minuman yang tak kalah hebatnya dengan teh herba yang lain!

Teh bunga telang boleh dihasilkan dengan mengeringkan terdahulu bunganya. Kemudian, kembangkan dalam air panas dan anda boleh menambah sedikit madu atau gula. Nak lagi umpph, tambahkan sedikit perahan lemon.








Rasanya tak jauh berbeza dengan teh hijau, namun dengan warna biru pekat. Jika anda menambah perahan lemon, teh bunga telang akan berubah menjadi keunguan.


Antara manfaat bunga ini termasuklah meningkatkan kesihatan mata dan juga kesuburan wanita. Lihat manfaat lain seperti di bawah:

1. Bersifat diuretik yang mempunyai kemampuan untuk melancar dan melawaskan air kecil.

2. Melancarkan sistem dari pencernaan.

3. Melancarkan haid atau menstruasi yang tidak lancar, meningkatkan kesuburan wanita dan menambah nafsu seksual.



Sumber foto: Carian google



4. Menghaluskan wajah dan menghilangkan jerawat.

5. Mengubati penyakit kulit seperti bisul.

6. Pembersih mata dan menyembuhkan mata merah.

7. Menghitamkan dan menguatkan rambut. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 12:02 PM | Show all posts
suka bunga telang ni..buat nasi kerabu sodap
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:31 PM | Show all posts
Bunga telang ntuk awak je
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk lelaki takde khasiat ke? Jiran saya ada tanam...dah menjalar ke pagar saya...tapi sebab cantik, saya biarkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:37 PM | Show all posts
Wahhh..hebat bunga ni.nk kena cari ni.slalu sgt iols kna kencing x lawas wpon kuat minum air masak.mana tau kot2 leh ilang kan sakit iols ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemon_juice replied at 18-7-2016 05:37 PM
Wahhh..hebat bunga ni.nk kena cari ni.slalu sgt iols kna kencing x lawas wpon kuat minum air masak.m ...

Kalu ada masalah dengan kencing tak lawas ni, baik u cuba minum jus cranberi. InsyaAllah, lega sikit  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.222086 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list