Krisis ekonomi hari ini mematahkan niat individu dan mereka yang telah berkeluarga untuk memilki rumah sendiri. Pinjaman pasti sukar diterima pihak bank apabila individu sudahpun mempunyai pinjaman kereta dan lain-lain.
Namun, berbeza dengan Muhamad Azree Abdul Rahim, 26 anak muda yang menjadi viral setelah menikmati hidup dengan caranya iaitu membina rumah kontena tanpa sebarang pinjaman.
Beliau menjumpai sebidang tanah pertanian pegangan bebas 2,400 kaki persegi di Kampung Sijangkang dengan harga RM35,000. Lokasinya 25km dari Shah Alam, tempat kerja Azree ketika itu.
Keputusan beliau untuk membangunkan rumah kontena diambil setelah membuat bacaan dan kajian mendalam. “Saya tak mahu menyewa lagi. Sudah bertahun saya menyewa bilik dalam rumah yang tak seberapa, saya kira dalam berbelas ribu Ringgit sudah habis"
Azree mengamalkan konsep pembinaan lestari dalam membangunkan rumah kontenanya dengan mengelakkan pembaziran dan menggunakan semula apa yang boleh.
Rumahnya dibina menggunakan lebihan bahan daripada projek pembinaan seperti kepingan zink, wayar, simen, kayu dan tandas terpakai.
Rumahnya juga dilengkapi dengan perabot pelbagai kegunaan. Kerusi sofa, misalnya, telah digantikan dengan kerusi kereta terpakai. Meja makan juga digunakan sebagai meja “study” dan boleh dilipat ke tepi.
Azree, yang masih belum berpunya, juga membuat roti dan menjahit langsir rumahnya sendiri serta memasak menggunakan sayur-sayuran dan herba yang ditanamnya sendiri di kebun di luar rumahnya.
“Pada saya, hidup ini sudah cukup mewah. Saya memiliki segala yang diperlukan tanpa terikat dengan pinjaman rumah 30 tahun. Itu sudah cukup baik bagi saya.”
Di New Zealand, selepas gempa bumi di Christchurch yang telah mengorbankan ramai nyawa, konkrit bukan lagi pilihan untuk kegunaan pembinaan. Ia berat dan mampu menghancurkan. Kayu juga bahaya kerana risiko kebakaran. Maka mereka memilih untuk menggunakan kontena terpakai dalam membuat rumah dan juga pusat membeli-belah.
*Sesiapa yang mempunyai tanah sendiri, boleh berkira-kira untuk membuat rumah kontena ini tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan dan melakukannya tanpa mengikat diri dalam pinjaman rumah 30 tahun. Contohilah Saudara Azree. - CARI Infonet
sabar_sabariah: yg aku tau ituhari dia buat rumah yg kaler biru tu. skang dia dah renovate rumahnya, tambah kontena lagi ek? wah!!! besar betul!!
ade youtube video x?...nk jgk tgk kat dlm rumah tu
rupenye mcm mana...
sronoknye puas hati dpt rumah sebijik...xyah nk stress2 psl loan ratus riban..
utk yg mampu tu xde hal..la..tp yg x mampu mcm mana?....
cume downsidenye byk guna keringat sndiri.. setahu i rumah container ni semua kena buat sndiri...
sumber air..kena collect..tangki najis..kena settlekan sndiri...tenaga eletrik..guna solar ke bateri ke..ntah ape lagi..
i pun x brape paham...huuhuh....
ya ke ni si azree rumah kontena???? tp tadi ada jln2 kat blog rumah kontena si azree tp belum ada update pasal rumah barunye tu. sibuk renovate kata nya. anyway, at least bagi aku idea nak wat rumah. aku pun terfikir nak buat rumah camni sementelah bapak aku tukang, dpt jimat sket. ngah kumpul duit nak beli tanah.