CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3387|Reply: 1

Harus Cuba Botok-botok "Pais Ikan Tenggiri"

[Copy link]
Post time 19-2-2016 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Kenapa Botok-botok? Macam botox pula kan? Sebenarnya Botok-botok ini adalah panggilan makanan bagi orang Singapura. Ia juga dikenali sebagai pais. Pais pula lebih kurang seperti rupa otak-otak. Sebab apa, mungkin cara balutan yang menggunakan daun pisang, maka ia dikenali sebegitu rupa.

Resepi yang dikongsikan di laman Facebook oleh saudara Razali Mohamad Said ini sangat mudah dan ringkas untuk dimasak dan dihidangkan kepada seisi ahli keluarga.

Beliau menggunakan ikan tenggiri, tetapi jika anda ingin menggunakan selain ikan tenggiri pun boleh. Ikut selera masing-masing. Jom, cuba! - CARI Infonet

1) Bahan-bahan

1)Ikan Tenggiri(ikan pari/ kembong pon boleh)
2)Daun pisang
3)Daun kunyit
4)Daun limau
5)Daun kesum
6)Bunga kantan
7)Limau nipis



2) Bahan-bahan di kisar

1)Daun kunyit (2 helai)
2)Daun limau (5-7 helai)
3)Daun kesum (2-3 tangkai)
4)Bunga kantan (1 batang)
5)Bawang merah (5-7 biji)
6)Bawang putih (3-4 biji)
7)Halia (2-3cm)
8)Serai (1 batang)
9)Cili kering 10-15 tangkai (rendam dulu 5-10 minit)kalau nak lg pedas tambah cili padi
10)Kunyit hidup (2-3cm)



3) Perahkan air limau nipis (lemon pon boleh), sedikit garam dan gula. Kemudian perap ikan selama 5-10 minit



4) Daun pisang dicuci terlebih dahulu dan dikeringkan (lap)




5) Kemudian daun pisang disangai atau layur (kenakan api supaya daun jadi lembut senang nak bungkus nanti)



6) Daun pisang dilapis dua supaya tidak bocor apabila bungkus




7) Letakkan ikan beserta rempah



8) Bungkus rapi dengan 'toothpick' (jangan pakai stapler aniaya punya kes nanti)




9) Bakar dalam ketuhar (sorry bungkus tak hensem)



10) Bakar dalam 200°C 20-30 minit




11) Tengok saiz ikan, kalau besar 30 minit




12) Sedia dihidang beserta nasi putih panas-panas



Selamat mencuba semua!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap..ni try la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.358616 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list