Gara-gara menghantar anak ke sekolah dalam keadaan masih memakai baju tidur, seorang ibu di Darlington, Britain menjadi antara orang pertama diberikan surat amaran oleh pengetua sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.
Pengetua Kate Chisholm berkata, dia mengambil keputusan tersebut selepas melihat semakin ramai ibu yang tanpa segan silu menghantar anak mereka dalam keadaan masih berbaju tidur dan tidak terurus.
sumber foto:http://www.theguardian.com
Justeru tindakan itu diambil supaya para ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak masing-masing mengenai kebersihan dan cara pengurusan diri sendiri.
“Perkara ini bukanlah bertujuan menentukan apa yang perlu dibuat oleh seseorang ibu bapa tapi saya berasakan ia adalah tanggungjawab mereka untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak masing-masing.
“Kita sepatutnya bangun awal, bersiap dan mengenakan pakaian yang sesuai sebaik melangkah keluar dari rumah, ini contoh yang sepatutnya ditunjukkan para ibu bapa,” tambah Kate. - CARI Infonet
Ialah pembelajaran bermula dari rumah tak kan semuanya cikgu nak kena ajar. Yang pasti kalau mak bapak kat Malaysia yg dapat surat sebegitu mesti ramai sentap dan viralkan.
bila baca surat2 formal omputih ni rasa nak gelak ke nangis baca biz letters kat msia ni...ibarat kata sorg matsalleh dlm thestar dulu, kita kat msia ni masih lagi duk dlm zaman penjajahan british...