View: 2137|Reply: 6
|
Guna Dadah Tentera Soviet, Sharapova Gagal Ujian Doping
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Jelitawan tenis wanita dunia, Maria Sharapova mendedahkan beliau gagal dalam ujian dadah semasa Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Januari lalu.
Dalam sidang media khas yang diadakan di Los Angeles, Sharapova mengakui hasil ujian menunjukkan kesan positif bagi bahan dadah terlarang meldonium. Meldonium diumum sebagai bahan dadah terlarang sejak Januari tahun ini oleh Agensi Anti Doping Dunia.
Setakat ini Persekutuan Tenis Wanita masih belum mengumumkan bentuk hukuman terhadap Sharapova.
Dadah jenis meldonium yang diambil Maria Sharapova, kerap diberikan kepada tentera Soviet pada tahun 1980-an bagi meningkatkan kecergasan ketika berjuang di Afghanistan dan biasanya memberi kesan perubatan dalam tempoh empat hingga enam minggu.
Meldonium adalah sejenis ubat jantung yang digunakan untuk meningkatkan pengaliran darah dan tidak begitu dikenali di Amerika Syarikat, tetapi pernah menjadi ubat yang sering digunakan oleh tentera Soviet.
Kelmarin, juara lima kali Grand Slam itu mengumumkan dia positif meldonium di Terbuka Australia Januari lalu dan mendakwanya sudah mengambilnya sejak 2006, namun ia baru sahaja disenaraikan sebagai bahan larangan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) pada 1 Januari 2016. - AP
Sumber - Agensi/awani/bharian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jeritan beliau yang kuat tu didorong dadah meldonium la yek |
|
|
|
|
|
|
|
hurrm.. thread berulang ke reporter? |
|
|
|
|
|
|
|
jadi atlit ni mmg amek dadah cuma ada certai drugs je dibenarkan ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia, sponsor semua dah terminate contract, Nike, TAG Hueur...jadi pelakon hollywood jer..cam Anna Kurnikova |
|
|
|
|
|
|
|
kesian but she dah buat banyak duit pun...myb rehat start a family pun ok kot heheheh |
|
|
|
|
|
|
| |
|