CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12623|Reply: 87

"Dia Terbaik Untukku"-Bella Dally

[Copy link]
Post time 18-3-2016 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Nazim lelaki terbaik untuk saya – Bella Dally                    
Rasa selamat dengan sikap tegas tunang        
17 Mac 2016 4:00 PM



KISAH cinta pasangan ini sudah kedengaran sejak dari tahun 2013, bagaimanapun tidak lama selepas itu khabarnya mereka sudah berpisah. Namun siapa sangka, November lalu pelakon Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 26, membuat kejutan kerana sudahpun bergelar tunang kepada Nazim Othman. Sebenarnya itu antara rentetan ringkas hubungan pasangan yang pada Hits cukup kemas menyimpan kisah cinta.

                  
Bukan sahaja bijak merahsiakan hubungan mereka, tetapi juga pertunangan mereka ini juga hanya diketahui peminat selepas Nazim mengaku sudah bertunang di laman sosial miliknya. Mempunyai alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak tentang hubungan ini, jelas Bella, dia dan Nazim hanya memilih cara yang cukup selesa buat mereka.

Hits: Kehidupan terkini Bella selepas bergelar tunangan orang?
Bella: Semuanya masih sama, kalau ikut berjaga-jaga sejak dari dahulu lagi saya sangat menjaga soal itu. Bagi saya tiada apa yang terlalu berbeza, sebab apa yang penting kami selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Kalau dilihat Bella dan Nazim memang agak berahsia soal hubungan dan kisah pertunangan ini, kenapa ya?
Bukankah lebih elok begitu, maksudnya tidak perlu kami terlalu menunjuk soal ini. Apa yang boleh dikongsi, hubungan saya dan Nazim begitu istimewa dan kami lebih senang ianya terbit antara kami sahaja dan tidak terlalu berkongsi. Lagipun sekarang baru bertunang, jadi kami lebih senang begini.

Apa istimewanya Nazim di mata Bella?
Dia mempunyai ciri-ciri seorang suami yang saya idam, selain mempunyai sikap yang penyayang, Nazim juga sebenarnya adalah seorang yang tegas. Jadi saya suka dengan sikap dia, sebabnya dengan rasa selamat itu saya percaya dia mampu membentuk saya.

Kalau dilihat, macam tidak lama lagi akan disatukan, jadi bila tarikh perkahwinan kamu berdua?
Insya-Allah tidak lama lagi, jangan risau kalau sudah selesai semuanya kami akan kongsi dengan orang lain.

Boleh kongsi, impian perkahwinan Bella?
Saya suka majlis yang ringkas dan bermakna, maksudnya biarlah majlis perkahwinan itu nanti boleh memberi kegembiraan kepada kami dan keluarga. Apabila ahli keluarga gembira, sudah pasti saya gembira. Janganlah bandingkan majlis saya kelak dengan artis lain kerana setiap orang ada cita rasa masing-masing. Soal tajaan buat masa ini masih belum ada lagi, tetapi saya tidak fikirkan soal itu sangat.

Sibuk bercerita soal cinta dan kahwin, Bella nampaknya kini macam sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, sudah tidak berlakon?
Saya masih suka berlakon dan akan terus berlakon, tetapi buat masa sekarang perlu buat saya sendiri memilih watak yang ditawarkan. Saya tidak kisah menolak tawaran berlakon sekiranya apa yang diberi itu tidak memberi kepuasan kepada saya.

Saat ini apa watak impian Bella?
Sebenarnya saya ingin sekali membawakan watak antagonis, tetapi keadaan bertudung kini kena betul-betul tengok dahulu sebelum boleh setuju. Saat ini juga saya perlu membuktikan kemampuan sebagai pelakon, jadi sedikit sebanyak watak yang diterima perlu menguji bakat yang saya miliki.

Tidak terlalu sibuk berlakon, apa fokus Bella sekarang?
Merupakan tahun kedua menjadi duta kepada tudung jenama Ariani, ternyata komitmen saya itu sangat berat di sini. Kalau ikutkan saya juga mempunyai sesi fotografi setiap bulan, jadi jadual itu agak padat juga.

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.N4m0johK.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 10:22 AM | Show all posts
suka sangat dengan Bella ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 10:55 AM | Show all posts
Apa istimewanya Nazim di mata Bella?
Dia mempunyai ciri-ciri seorang suami yang saya idam, selain mempunyai sikap yang penyayang, Nazim juga sebenarnya adalah seorang yang tegas. Jadi saya suka dengan sikap dia, sebabnya dengan rasa selamat itu saya percaya dia mampu membentuk saya.



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 10:58 AM | Show all posts
sweet couple
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by de_ikea at 18-3-2016 03:12 PM

Fav couple @d_dalia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum kawen, mmg lah terbaik.

Cuba dah 5tahun kawen.

Maseh terbaik ke idok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2016 12:16 PM | Show all posts
suka bella ni
suka nazim jugak
tapiiiii
makin dah bertunang ni makin nampak gayah pulak nazim ni
why nazim? why?
pastu smlm tertengok m-buzz ke amende kt tv3 interview nazim
pipi dia tegang, tersembul semacam
botox kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:28 PM | Show all posts
shityfans replied at 18-3-2016 12:16 PM
suka bella ni
suka nazim jugak
tapiiiii

nazimah rogayah ni kaki botoxxx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 12:41 PM | Show all posts
semoga baik2 aja ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu muka xbotox iols rase ok je dia bdua...tp skrg ni tak mampu nak tgk rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 01:53 PM | Show all posts
bella cantik tlng la cr org lain yg blh membahagiaknmu .. setkt bahagia sehari dua watpe bella ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 02:38 PM | Show all posts
kesian pompuan ni...dpt laki camni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:35 PM | Show all posts

tq uols...
semoga nazim oppa mampu membahagiakan bella...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:41 PM | Show all posts
all the best bella.....
aku pun suke kapel ni, harapnye kekal bahagia selamanye
dan harapnye ape yg diperkatakan porumer2 di sini ttg nazim adlh tidak benar belaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Something fishy pasal diorg ni.. Sah2 Nazim ni nmpak gayah bottom... Lainla klu gayah top sng nak cover
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nazim ni pelat s kan
Aku pun xberkenan tgk nazim ajet2 gud ni
Selfie ngalahkan pmpuan
Aku geli laki jenis gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dpt rase bella ni sejenis pmpan yg baik2 dungu gitu. Naif
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella daily ni memang cunn.untungg nazim nii
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 12:32 AM | Show all posts
baik budak bella ni..aku pun harap spekuan forumer di sini x betol belaka. kalu btol sian bella
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau sangat sweet Bella. Semoga berbahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055153 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list