View: 3091|Reply: 9
|
Menjilat Anak Mata, Boleh Sembuhkan Penyakit Mata, Pelik Tapi Benar!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://edge.liveleak.com/
sumber foto: http://edge.liveleak.com/
Dengan hanya menjilat bola mata pesakit yang datang menemuinya, Hava Cebic dikatakan mempunyai keistimewaan menyembuhkan penyakit mata.
Setakat ini, wanita berusia 77 tahun itu menjadi popular di sebuah perkampungan di Crnjevo, utara Bosnia sudah hampir 40 tahun berkhidmat menyembuhkan penyakit mata jiran serta rakan-rakannya.
Menurut laporan, Hava menyedari lidahnya boleh menyembuhkan penyakit ketika dia masih kecil apabila abangnya mengadu mengenai keadaan matanya yang kering, dan secara bergurau, Hava segera menjilat anak mata abangnya dan secara tiba-tiba abangnya kembali boleh melihat dengan jelas selepas itu.
Sejurus selepas itu, Hava baru menyedari lidahnya mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit alergi mata, masalah mata kering dan letih, jangkitan mata malah mampu mengurangkan risiko pesakitnya daripada menghidap penyakit mata serius seperti katarak.
Disebabkan ‘keajaiban’ lidah yang dimilikinya, Hava berhasrat jika dia meninggal dunia kelak, lidahnya dipotong dan terus digunakan untuk merawat pesakit di luar sana.- CARI Infonet
sumber info: dailymail.co.uk/ |
|
|
|
|
|
|
|
eeuuwww... ntah pape jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia pun ada camni kan
aku pernah baca kat mastika
dia jilat kat kawasan yg busuk bernanah
insyaallah boleh jadi elok
padahal before tu dah berubat macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
orang yg jilat tu tak dapat penyakit apa2 ka? |
|
|
|
|
|
|
|
package sekali dgn taik mata |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni logik kelebihan masing2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|