CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3079|Reply: 7

[Tempatan] Aduan SKMM Lebih Mudah Kini Dengan Whatsapp Sahaja!

[Copy link]
Post time 24-3-2016 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Sejak kewujudan kemudahan internet, pelbagai perkara yang baik dan kurang baik berlaku dan ia memberi kesan kepada pengguna khasnya.


Mengecilkan skop atau ruang lingkup pada laman sosial sahaja, masalah jenayah siber, fitnah, penyebaran info yang salah, gambar lucah dan sebagainya bukan lagi perkara baru. Itu tak termasuk perkhidmatan internet yang lembap dan kurang efisien.


Sebab itu, sebagai pengguna internet anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan mahupun membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Apa sahaja isu berkaitan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet dan sebagainya boleh diajukan kepada SKMM ini.










Terbaru, melalui laman Facebook SKMM, pihak itu telah mengeluarkan pengumuman tentang aplikasi Whatsapp sebagai saluran aduan.


Ini dilihat sangat-sangat membantu masyarakat khususnya netizen yang menggunakan internet secara tegar. Seiring dengan teknologi, ia sangat memudahkan kedua-dua pihak pengguna dan SKMM sendiri.


Melalui pengumuman itu, pihak SKMM menyatakan waktu operasi ialah antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).





Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)





"Orang ramai digalakkan untuk menggunakan saluran baharu ini bagi menyalurkan aduan rasmi kepada Aduan MCMC."

Apa kata anda? Laporkan aduan anda hari ini! Jadi netizen yang bijak! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 11:29 AM | Show all posts
jangan ade yang mengurat sudah la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:39 AM | Show all posts
bijak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 11:59 AM | Show all posts
jangan plak report tak amik tindakan....maklum laa...bukan sorang dua yang akan report nie....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:10 PM | Show all posts
aku yang hari2 kena jawab wassup boss pun kekadang terlepas pandang
sangka baik - mungkin dia guna yang pc based kot..boleh screencap satu-satu
lagipun senang nak cari balik sebab no phone pengadu dah ade
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm mls nk dilayan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 03:58 PM | Show all posts
bgs la senang report psl internet lembap..blh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg whatssapp pun, sudahnya nnt dia akan reply.
Terima kasih diatas aduan anda. Sila lengkapkan butiran aduan di www.skmm.gov.my.

Baiklah korang terus masuk website je camtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.717579 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list