CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4230|Reply: 4

[2016] Dapatkan Pas Masuk Percuma Untuk Premier Screening Filem 'The Bodyguard'

[Copy link]
Post time 26-3-2016 12:21 AM | Show all posts |Read mode


                        
                                    
                                                                    Oleh : TS LOO


'The Bodyguard' , filem blockbuster terbaru arahan Sammo Hung, yang merupakan pelakon dan pengarah aksi yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.


Sejak mengarah filem 'Once Upon A Time In China and America' , lakonan Jet Li pada tahun 1997, kini setelah hampir 20 tahun beliau kembali menjadi pengarah untuk filem yang juga penuh aksi lasak dengan jalan cerita yang berpaksikan unsur kasih sayang dan kekeluargaan.








Barisan pelakon nya boleh dikatakan paling hebat sekali kerana iaya terdiri daripada gabungan pelakon veteran yang popular suatu masa dulu bersama dengan pelakon zaman sekarang yang diminati ramai.


Antaranya Andy Lau yang juga penerbit filem tersebut, Hu Jun, Yuen Biao, Tsui Hark, Karl Maka, Dean Shek, Eddie Peng YuYan, Jack Feng , Yuen Wah dan Feng Shao Feng serta beliau sendiri.




Synopsis


Ding Hu (Sammo Hung) adalah seorang tentera bersara yang sangat berpengalaman dan mempunyai skil seni bela diri yang hebat. Namun begitu, disebabkan usia sudah meningkat ingatannya turut terjejas.


Pada suatu hari, cucu perempuan Ding telah hilang semasa Ding membawanya bermain di taman. Sejak itu,dia mengalami masalah amnesia yang semakin serius.


Ding hidup bersendiran di sebuah bandar kecil, dan serpihan ingatan tentang cucunya muncul apabila dia melihat Chun Hua (Jacqueline Chan), anak perempuan jirannya Li (Andy Lau).


Disebabkan Chua Hua juga datang dari keluarga yang bermasalah di mana hubungan ayah dan ibunya amat buruk, dia membesar dalam suasana kekurangan kasih sayang. Oleh itu, Chua Hua selalu pergi ke rumah Ding dan telah berkawan baik dengan orang tua itu.


Apabila Li terlibat dengan urusan geng bawah tanah dan membahayakan Chua Hua, Ding membuat keputusan untuk tampil ke depan dan menyelamatkannya.


Tindakan Ding ini bukan saja menembus perasaan bersalah terhadap kehilangan cucunya tetapi juga untuk mencari semula kebanggaan selaku seorang tentera. - CARI Infonet




The Bodyguard Special Screening

Date: 31 March 2016 (Thursday)

Venue: GSC Nu Sentral

Time: 9.00pm






Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 1hb April,  segera rebutlah peluang dapatkan sepasang pas masuk percuma untuk premier screening filem 'The Bodyguard' dengan memberi slogan paling kreatif.




- "Saya ingin menonton filem ini kerana............................................. " (tidak kurang dari 15 patah perkataan)




Peserta terpantas dan mempunyai slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang.  


Pihak CARI Infonet akan menghubungi pemenang yang terpilih dalam masa terdekat ini.


Filem tersebut bakal ditayangkan di seluruh negara pada 1hb April ini.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2016 08:47 AM | Show all posts
tt dh gi tgkk???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2016 10:41 AM | Show all posts
Adik Esmiria, filem ni belum ditayangkan lagi di pawagam, untuk makluman tayangan umum filem ini adalah pada 1hb April.  Macam mana adik bolrh kata dah tengok filem ni???
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana hendak dapat tiket percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2016 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana hendak dapat tiket percuma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.149345 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list