|
oleh Adib Za
Salah satu minuman yang sangat popular waktu musim panas ini ialah puding sedut.
Ia merupakan puding yang disediakan berwarna warni dalam botol kaca. Ala ala hipster gitu.
Rasanya yang sejuk sangat melegakan tekak pada hari panas. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 Sudu Kecil Serbuk Agar-Agar
1000ml Air
1/2 Cawan Gula
2 Helai Daun Pandan
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Creamer / Coffeemate / Susu Tepung
Pewarna Dan Perasa Yang Di Sukai
Cara-cara
Satukan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan.
Masak hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
Masukkan susu cair dan creamer, kacau hingga mendidih.
Tambahkan pewarna dan perisa yang di sukai.
Untuk membuat puding berlapis, asingkan kepada 2-3 mangkuk dan masukkan pewarna dan perisa yang disukai.
Biarkan agar-agar suam terlebih dahulu sebelum di lapis.
Jika beku, panaskan semula di dalam microwave atau panaskan di atas dapur.
Untuk menikmatinya, kocok puding dan sedut dengan straw. - CARI Infonet
Sumber resipi: Resipi Citarasa Wan |
|