View: 1595|Reply: 2
|
JPA Perkenal Model Baharu Penajaan Mulai Tahun Ini
[Copy link]
|
|
sumber foto: https://2.bp.blogspot.com/
Mulai tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Model Baharu Penajaan JPA melalui enam program pengajian di dalam dan luar negara.
JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan dikuat kuasakan mengikut empat keadaan iaitu pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan bayaran balik jika pelajar berkhidmat dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian dan bayaran balik sebanyak 25 peratus daripada pinjaman jika berkhidmat dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Selain itu, bayaran balik sebanyak 50 peratus daripada pinjaman jika berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara dan bayaran balik keseluruhan pinjaman jika bekerja di luar negara."
Sebanyak RM1.65 bilion diperuntukkan JPA pada tahun ini bagi pembiayaan program penajaan untuk 49,060 pelajar sedia ada di dalam dan luar negara, serta peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta bagi penajaan pelajar baharu.- CARI Infonet
sumber berita : bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
ni bh bgi copy ke n serta link sekli ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|