CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2635|Reply: 14

[Dunia] Gelagat budak bermain dengan ular sawa dirakam

[Copy link]
Post time 8-4-2016 09:55 AM | Show all posts |Read mode
LONDON 7 April – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan Britain memeluk seekor ular sawa peliharaan keluarganya yang berukuran 2.4 meter panjang tanpa me­nunjukkan sedikit pun perasaan takut berjaya dirakam, kelmarin.


Imej video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan leka bermain dengan seekor ular sawa sepanjang 2.4 meter. AGENSI

Mail Online melaporkan, aksi berani kanak-kanak perempuan yang baru berusia tiga tahun itu kemudian dimuat naik bapanya, Ed Taoka ke saluran laman perkongsian vi­deo YouTube miliknya.

Klip berdurasi 22 saat itu me­rakamkan kanak-kanak perempuan tersebut yang tidak dinamakan sedang asyik bermain dengan seekor kuda mainannya sambil meletakkan permainan tersebut pada badan reptilia berkenaan yang berada di hadapannya.

Kemudian, kanak-kanak yang memakai baju berwarna merah jambu itu tanpa sedikit pun pe­rasaan cemas, memeluk ular sawa berkenaan yang pada bila-bila masa boleh melilitnya, seolah-olah reptilia tersebut sama seperti anjing peliharaan.

Difahamkan, menerusi klip video lain yang terdapat dalam saluran YouTube Taoka, ular sawa itu mula dipelihara keluarga berkenaan sejak dari kecil.

Namun, ular sawa itu masih boleh menyerang mangsa dan mampu mengakibatkan kematian khasnya kepada manusia.

Pada 2011, seekor ular sawa peliharaan seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat (AS) membelit sehingga mati dua orang anaknya yang baru berusia dua tahun



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.jmOUkCJU.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo bapa dia.....budak apa dia tahu bahaya ke x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini boleh membawa kecelakaan di masa hadapan kalau tak berhati2 or berjaga2..

Saja cari pasal ayah girl tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:03 AM | Show all posts
dah kena ngap nanti, baru nyesal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:07 AM | Show all posts
Aku tgk nat geo ka mana tah..memg la jinak sbb home breed kan..tapi bila dia lapar memang hilang jinak pinak suma..bini dia kut dekat kena belit dlm kes tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:07 AM | Show all posts
biar lah..anak dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 10:23 AM | Show all posts
ada kes kt mana ntah pompuan nie bela ular sawa dari kecik sampai besaq gila..
lps tu ular dia tak mau makan, seminggu dah...dia susah hati..
time tidur pun ular tu akan buat bulatan dan tuan dia akan tidur dalam bulatan tu...
One day tuan dia pegi jumpa doc haiwan tny knp ular dia tak mau makan..
Lps tu doc Tanya, ada tak ular dia berkelakuan genggini2...tidur pun buat bulatan apa bagai....
dia kata ada...lps tu doc tu kata, ular tu dok prepare nk telan mangsa...
sebab tu dia tak mo makan dlm seminggu tu......
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
baik bela  rimau wey.Aku nk bela rimau t.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 10:25 AM | Show all posts
zameyla replied at 8-4-2016 10:23 AM
ada kes kt mana ntah pompuan nie bela ular sawa dari kecik sampai besaq gila..
lps tu ular dia tak  ...

Ada yg kena telan x lepas tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:29 AM | Show all posts
zameyla replied at 8-4-2016 10:23 AM
ada kes kt mana ntah pompuan nie bela ular sawa dari kecik sampai besaq gila..
lps tu ular dia tak  ...

scary.....

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:52 AM | Show all posts
Glass_shoes replied at 8-4-2016 10:25 AM
Ada yg kena telan x lepas tu?

tak..doc nasihat sruh lepas or bagi kat jab haiwan klu x silap....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 8-4-2016 10:23 AM
ada kes kt mana ntah pompuan nie bela ular sawa dari kecik sampai besaq gila..
lps tu ular dia tak  ...

Kisah betui ke ni....seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:01 AM | Show all posts
noor2 replied at 8-4-2016 10:59 AM
Kisah betui ke ni....seramnya

betul...kat india kalau tak silap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:09 AM | Show all posts
kenapa berjaya dirakam? rahsia sgt kah? lainla main ular sawa liar ker....dah tentu2 famili sendiri punya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo di indon...bisa aja ularnya 'diajak' berdangdut.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditipu skim pelaburan ala pinjaman
ultra78100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditip
Views : 18428 Replies : 20
Wanita Malaysia saman FBI, dakwa ditipu oleh Elon Musk kini terlalu miskin dan kini menerima bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
YgBenarWanita Malaysia saman FBI, dakwa ditipu
Views : 20653 Replies : 13
Ganjaran RM2,000 jika jumpa kucing peliharaan hilang ada AIDS
ultra78Ganjaran RM2,000 jika jumpa kucing pelih
Views : 19710 Replies : 36
Imane Khelif adalah seorang lelaki- Pertubuhan Tinju Dunia
maklukpenggodaImane Khelif adalah seorang lelaki- Pert
Views : 26111 Replies : 17
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 88477 Replies : 4140
Pelabur harap dapat semula wang
maklukpenggodaPelabur harap dapat semula wang
Views : 39413 Replies : 20
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 25696 Replies : 161
silap haribulan
rospinkisilap haribulan
Views : 10209 Replies : 41
[JANGAN PUSING BELAKANG]
Laracrop[JANGAN PUSING BELAKANG]
Views : 8215 Replies : 51
[Disney+ 2024] RED SWAN - Kim Ha Neul, Rain
Rahah[Disney+ 2024] RED SWAN - Kim Ha Neul, R
Views : 26923 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.568814 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list