Moscow: Russia merancang membeli anak daripada wanita yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka.
Menurut undang-undang yang dicadangkan, pihak berkuasa akan membayar wanita berkenaan AS$3,000 (RM14,500) sekiranya mereka bersetuju menjual bayi itu.
Pegawai berharap langkah itu yang diusulkan seorang anggota Parlimen dari Parti Nasionalis akan meningkatkan kadar kelahiran dan memberi kanak-kanak ‘peluang untuk hidup.’
Kira-kira 200,000 wanita dijangka mengambil bahagian dalam cadangan itu yang masih di peringkat kajian.
“Ia akan membantu ‘kanak-kanak’ yang sudah ditetapkan akan mati sebelum dilahirkan’ untuk hidup,” kata anggota Parlimen Aleksandr Sherin dalam nota yang disertakan dengan usul itu.
Menurut usul itu, wanita terbabit perlu menyerahkan maklumat mengenai kehamilan mereka, termasuk tarikh mereka dijangka melahirkan kandungan dan ikrar yang menyatakan mereka tidak akan menggugurkan bayi dalam kandungan, jika mahu wang itu.
Undang-undang Russia hanya membenarkan penguguran kandungan berusia kurang 12 minggu. - Agensi
Post time 11-4-2016 01:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kat malaysia..maaf cakap..rata2 yg buang baby smua melayu.. bangsa2 lain yg pgnant tp x menikah, even minah indon pun, dorang x adanya pi bunuh baby tu, tp dorang jual @ serahkan pd yg nk baby
sebab bangsa lain tak cemuh mak2 yang mengandung luar nikah ni... bangsa melayu je yang suka mencemuh, memaki, menghina... sampai ke tua la budak tu kena cemuh...
tu belum kira lagi cemuhan terhadap baby tu sendrik...
Post time 11-4-2016 02:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
eyansss replied at 11-4-2016 02:18 PM
sebab bangsa lain tak cemuh mak2 yang mengandung luar nikah ni... bangsa melayu je yang suka menc ...
itulah..mmg realiti mcm tu kan.. melayu mmg suka kepoh2 jaga tepi kain org. nak2 kalo tau hal buruk org lain. kejap ajer citer tersebar merata2 ceruk pun org tau.
melayu ni buat2 tak paham apa itu menegur dan apa itu mencemuh... bagi diorang, mencemuh, memaki, menghina sampai 100 keturunan adalah menegur dan menasihati... hahahah...
anak2 yg dibeli oleh kerajaan akan dididik menjadi pasukan elit berani mati untuk perang. secara x langsung akan wujud dua kelompok manusia iaitu yg hanya tahu berperang dan yg masih ade naluri kemanusiaan.