CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9181|Reply: 72

[Tempatan] Safee Sali: RM100 juta lesap senyap begitu saja

[Copy link]
Post time 13-4-2016 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 12-4-2016 11:58 PM

Safee Sali: RM100 juta lesap senyap begitu saja

http://www.malaysiakini.com/sukan/337497
12 Apr 2016, 2:17 tengahari      12 Apr 2016, 3:23 petang



Pemain kebangsaan Safee Sali meluahkan rasa kecewa apabila pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Dilihat merujuk kepada kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini, Safee membangkitkan kontroversi penyelewengan dana kementeriannya bernilai RM107 juta.

“Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain di persalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap senyap macam itu sahaja.

“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh di gunakan dengan duit sebanyak itu,” tulisnya di Facebook hari ini.

Kedudukan terbaharu Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Khairy sebelum ini dilapor berkata kualiti Harimau Malaysia seakan tidak boleh lagi menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

"Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

"Mereka baru berusia 14 tahun, kalau kita nak lihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita kena tunggu.

"Apapun, maaflah... pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja. Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka," kata Khairy.

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Sultan Ibrahim berkata Khairy bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara.
Mengulas lanjut, Safee berkata pihak-pihak berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan hanya menyalahkan pemain.

“Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja,” tambah Safee.

Malaysiakini telah menghubungi Khairy dan timbalannya, Datuk M Saravanan bagi mendapatkan maklum balas dan sedang menunggu jawapan mereka.

Khairy difahamkan sedang berada di luar negara buat masa ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 08:02 AM | Show all posts
apa ooooo....ilang  ratus juta, diam-diam saja kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:06 AM | Show all posts
quit jer main bola safe....
dalam mimpi jer kalo nak suka bola ni nak Berjaya beyong rantau SEA...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
abg SYM (safee yg menunggang)..

SAPP KOKK LU..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
abg SYM (safee yg menunggang)..

SAPP KOKK LU..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru kena komen sikit dah nak sentap si safee ni..chilex sudah..ambik kata jd dorongan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru kena komen sikit dah nak sentap si safee ni..chilex sudah..ambik kata jd dorongan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru kena komen sikit dah nak sentap si safee ni..chilex sudah..ambik kata jd dorongan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 08:22 AM | Show all posts
Dah di hantor ke cayman island kot duit seratus juta tuuuu

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kj gi obersi watpe tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:25 AM | Show all posts
sekali sekala menteri pun perlu di tibai juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:25 AM | Show all posts
dok bwh tmj ..beranila cakap
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:26 AM | Show all posts
kak_sue replied at 13-4-2016 08:22 AM
Dah di hantor ke cayman island kot duit seratus juta tuuuu

sebok lah sutinah parrot nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:27 AM | Show all posts
safee ni memang kuat sentap kan?
dulu ada kes orang kutuk dia masa wakil malaysia tak perform, dia post pasal kesentapan beliau di instagram
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:30 AM | Show all posts
huJanBaTu replied at 13-4-2016 08:09 AM
abg SYM (safee yg menunggang)..

SAPP KOKK LU..

ke dah isap vape dah skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:34 AM | Show all posts
safee dan sentap berpisah teda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 08:36 AM | Show all posts
mmg tak heran kalau kem hilang 100juta rilek......deme apo kisah ranking bape.....janji masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:40 AM | Show all posts
safee dan sentap berpisah tiada

lg best bla rakyat kondem pasal bola, player n rakyat lain akan ckp "ko main la kalo terer sgt"

same la otak player n menteri2 2x5

ranking tu 1 hal la kan sbb hanya sekadar no.

tp performance+sikap korang tu yg buat peminat marah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:42 AM | Show all posts
prizadane replied at 13-4-2016 08:27 AM
safee ni memang kuat sentap kan?
dulu ada kes orang kutuk dia masa wakil malaysia tak perform, dia  ...

yeahhhhh

mmg kuat sentap pon

sejak x jadi idola
+
sejak dok selatan ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:43 AM | Show all posts
Apa yang KJ kata tu betul

kita kena terima hakikat bahawa pasukan negara takkan mungkin mencapai apa2 dgn pemain2 dan jurulatih sedia ada

it is a hard truth

kemuncak kegemilangan kita cuma setakat suzuki cup dan sea games, itulah dia everest kita takkan lebih dari itu

agak kelakar bila safee sali sentap semacam, kenapa nak sentap ? itulah kebenarannya pun !

as a footballer proof can be seen on the field

semua orang nampak

tak payah la sampai nak merepek kebenda yg lain dan tak perlu nak kaitkan dgn upgrade facilities

negara lain yang kemudahannya tahap cokia pun boleh belasah korang tau tengok palestin for example

it surely a waste of money to upgrade all the facilities ke tahap world class kalau pemainnya is a third class player









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049979 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list