Buat anda yang memang hantu dengan makanan laut, pantang sahaja nampak 'seafood' memang nak pekena, mari apa kata cuba di gerai ini.
Kedai Kak Yang Gulai Termenung ini, apa yang istimewanya ialah berada bersebelahan dengan jeti pendaratan ikan. Bayangkan makanan di sini betapa segarnya.
Antara menu ialah kari ikan termenung (ikan kembung), ketam masak sos, udang sambal tumis, sotong bakar dan sebagainya.
Terletak di Kuala Kedah, jika anda berkunjung ke utara tanah air, apa kata singgah ke sini sebentar. Pasti tidak menyesal. - CARI Infonet
Alamat :
Jalan Marina Harbour 06600 Kuala Kedah, Kedah