CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2515|Reply: 1

Sos Cili Sendiri Bikin, Mengapa Tidak?

[Copy link]
Post time 14-4-2016 01:07 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna




Pernah terfikir tak, sos cili yang sering kita beli itu sebenarnya kalau buat sendiri akan lebih sedap. Sos cili boleh dipelbagaikan penggunaannya nak cicah makanan, sebagai penambah perasa makanan dan macam-macam lagi


Siapa kreatif boleh buat sos tomato, sos cili bawang putih atau macam-macam lagi. Walaupun sebenarnya proses ini renyah sedikit tapi jangan cakap penulis tak payung okeehhh!!




Apa yang diperlukan:


1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg (kalau nak manis, tambah sekilo lagi).
3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.
4. Bawang putih dalam 200 gm (kalau lebih sedikit tak apa).
5. Tepong Ubi Kayu 400gn ( Mamak gunakan sebagai bahan pemekat. kelikatan sos mengikut selera anda). 6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg.
7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. Semasa memasak tambah lagi 4 liter.


Nota: Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cili sos gunakan pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan boleh didapati di kedai-kedai Bahan Kimia Industri atau makanan kalu botol kecil cuma RM2.00 sudah memadai. Bagi suri rumah yang ingin buat skala kecil tak perlu gunakan tetapi selepas siap isi dalam botol simpan dalam bahagian dingin peti sejuk. Boleh tahan sehingga 2-3 minggu.


Cara penyediaan:


1.  Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili  ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam). Mamak tak galakan rendam seperti kilang buat itu. Itu cara kurangkan kos dan tak sedap. Semasa mengisar itu masukkan bawang putih sekali (jangan lupa buang kulit pulak).




2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.


3. cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.


Ihsan daripada norlieharumaini


Nota: Jika tak pasti juga, boleh lihat video dibawah:





-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 10:47 AM | Show all posts
sedap boleh cuba.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047761 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list