View: 2276|Reply: 4
|
[Tips] Agar Bunga Segar Tak Cepat Layu
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Anda suka meletakkan bunga hidup yang segar di dalam kediaman anda?
Namun, jika tidak dijaga rapi, ia boleh layu dan gugur lebih cepat dari sepatutnya.
Oleh itu, langkah penjagaan agar bunga kekal segar sangat penting. Lihat tips berikut:
1.Potong semua hujung tangkai dengan posisi senget.
2.Isi 3/4 bahagian vas dengan air bersih (Perlu diketahui, hampir semua bunga potong menyukai air; dalam sehari bunga potong mampu menyedut air seperempat dari ukuran vas yang dipakai)
3.Campur air vas dengan salah satu dari zat pembunuh bakteria berikut: 1 sudu garam / 30 ml pemutih pakaian / 1 tablet ubat flu yang telah dihaluskan. Bunga akan tahan 3-4 hari kerana ia mampu dapat memperlambat proses pembusukan tangkai.
4.Jika anda mempunyai masa, sembur bunga dengan air bersih paling tidak 1 X sehari.
(Sumber foto: Carian google)
5.Lakukan langkah-langkah (1)-(4) setiap 3 hari sekali. - CARI Infonet
Sumber: http://finaz-florist123.blogspot.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
"hampir semua bunga potong "
ape maksud bunga potong sis? |
|
|
|
|
|
|
|
bunga yang dipotong dr 'pokok'.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh letak garam dalam air rupanya..
tq for sharing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Good info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|