View: 2638|Reply: 3
|
Sup Bunga Lili, Fungus Hitam Dengan Daging Ayam
[Copy link]
|
|
Oleh : TS Loo
sumber foto: http://malay.cri.cn.com
Bunga lili kering yang rasanya manis, dapat membantu menghentikan pendarahan, mengurangkan keradangan, menghilangkan kepanasan dalam badan dan merangsang laktasi.
Bunga lili juga mempunyai kesan kuratif untuk menyembuhkan muntah darah, najis berdarah, kencing yang tidak lancar dan insomnia, selain baik untuk kecantikan kulit.
Fungus hitam yang kaya dengan serabut diet, boleh membantu menghapuskan lemak dan menyegarkan rasa hidangan serta menyingkirkan toksin dalam badan.
Sup ini amat sesuai untuk individu yang sering makan di luar atau individu yang amalan pemakanannya kurang sihat.
Bahan-bahan:
Daging ayam 60 gram,
Bunga lili kering 20 gram,
Fungus hitam 15 gram,
kicap, kanji, garam, serbuk perasa, minyak bijan.
Cara memasak:
1. Daging ayam dicuci bersih dan dihiris nipis. Kemudian, tambah kicap dan kanji, gaul hingga sebati.
2. Basuh bunga lili kering dan fungus hitam, lalu rendam dalam air bersih hingga lembut.
3. Masukkan bunga lili dan fungus hitam ke dalam periuk, tambah air, kemudian rebus. Selepas kira-kira lima minit, masukkan daging ayam, tambah garam secukup rasa, serbuk perasa dan minyak bijan. Kemudian, kacau hingga masak.
sumber info : kuliner.ilmci.com/resep/tag/bunga-lili-kering |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga lili tu nk dptkn kat mana.., |
|
|
|
|
|
|
|
Bunga lili tu nk dptkn kat mana.., |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya bunga lili...yg kering selalu aku masak lemak putih udang campur fucuk dgn suhun...yg fresh pulak tumis oyster...dh lama pulak x makan |
|
|
|
|
|
|
| |
|