View: 4336|Reply: 4
|
Laksa Sarawak - Mi Kari Ala Pan Borneo Yang Unik
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Resepi Laksa Sarawak mempunyai ciri yang lebih kurang sama dengan mi kari. Selain hidangan utama pada musim perayaan, ia juga menjadi pilihan utama di restoran sebagai sarapan.
Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak
1.6 liter air rebusan ayam dan udang
3 sudu besar pes rempah Laksa Sarawak
400 ml santan ( 1 kelapa)
Garam & gula secukup rasa
Bahan A (Dikisar) :
40 gm bawang putih
20 gm lengkuas
20 gm halia
2 batang serai
1 biji bawang besar
Rempah laksa ( kisar jadi pes) :
7 biji bawang merah
3 ulas bawang puith
3 biji buah keras
8-10 tangkai cili kering- dibuang biji & direndam
2 sm lengkuas
2 batang serai
1 sm kiub belacan
1/2 cawan kacang tanah (digoreng kering & ditumbuk)
1/2 cawan bijan (digoreng kering & ditumbuk)
Bahan sampingan :
600 gm bihun - dicelur
1/2 ekor ayam - direbus & siat isi
400 gm udang - dicelur & kupas
100 gm tauge - dicelur
1 biji timun - dihiris memanjang
6-7 biji limau kasturi - dibelah 2
1 pokok daun ketumbar - dihiris
5 biji telur - digoreng dadar & hiris
Cara membuat :
1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga wangi.
2. Masukkan air rebusan, pes rempah, santan, garam serta gula secukup rasa.
3. Kacau sehingga mendidih kemudian pertahankan api dan renihkan sehingga terbit minyak.
4. Sajikan dengan bihun dan semua bahan sampingan.
Laksa Sarawak juga turut mudah didapati di negeri-negeri jiran seperti Sabah dan Brunei Darussalam. Hasilnya mungkin menyebabkan sesetengah untuk mempercayai bahawa terdapat resipi laksa yang berbeza dari Sabah dan Brunei, yang sebenarnya serupa dengan laksa Sarawak.- CARI Infonet
sumber info : http://resepibonda.com/resepi-laksa-sarawak/ |
|
|
|
|
|
|
|
wah sedapnya nampak... boleh try ni
tp bukan ada yg rasa mcm herba2 akar kayu sikit ke?
atau tu laksa lain |
|
|
|
|
|
|
|
My favorite ni...pes hj manan gak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
fish replied at 15-4-2016 02:47 PM
wah sedapnya nampak... boleh try ni
tp bukan ada yg rasa mcm herba2 akar kayu sikit ke?
atau tu la ...
Rasa herba akar kayu tu obviously seller tu fail masak autentik Sarawak laksa.
Rasa laksa Sarawak sebenar adalah pedas, lemak dan herby. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu selalu makan laksa sarawak kat laksa shack
bila laksa shack dah tade
i dah tak jumpa dah
mana nak carik tah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|