View: 2488|Reply: 1
|
Sayuran Grilled Ala Nando's, Aduh Sedapnya!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Carian google)
Anda penggemar sayuran dan juga penggemar menu berbentuk grill?
Apa kata gabungkan keduanya menjadi sayuran grill yang sangat lazat dan berkhasiat.
Tak kalah punya dengan sayur yang digoreng, malah lebih sedap dan versatil. Tiba-tiba teringat menu ala-ala Nando's kan.
Jom cuba resipi mudah ini, seperti yang dipetik dari laman Rasa.
Bahan-bahan:
3 biji kentang | dipotong dadu
100 gm labu manis | dipotong dadu
1 biji lada benggala hijau | dipotong dadu
1 biji lada benggala merah | dipotong dadu
1 biji terung | dipotong bulat
30gm bawang putih kisar
40ml minyak zaitun
10gm jintan manis | dikisar kasar
5gm daun kari | dicincang
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua sayur dan kentang bersama bawang putih kisar dan jintan manis. Gaulkan rata.
2. Tuangkan sedikit minyak zaitun bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan air limau nipis secukupnya.
4. Perap seketika agar meresap ke dalam sayur.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 150'c dan panggang selama 10 minit atau sehingga sayuran lembut dan masak.
6. Sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama ayam panggang. - CARI Infonet
Sumber: Rasa.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|