Kandi kelapa dalam beraneka warna menjadi kegemaran terutama bagi kanak-kanak. Kelapa memainkan peranan dalam kehidupan mereka yang beragama Hindu terutama pada perayaan keagamaan seperti Thaipusam. Membuat kandi memerlukan kesabaran dan ketelitian yang amat tinggi. Jika tidak rajin mengacaunya, ia akan hangus dan tidak berbau wangi.
Bahan-bahan :
200 gm gula pasir
300 gm susu pekat
2 sudu besar susu tepung
sedikit pewarna merah
400 gm kelapa parut putih
1 sudu teh vanila
1 sudu besar mentega @ minyak sepi
50 gm gajus panggang
Cara membuat :
1. Jerang gula, susu pekat, susu tepung dan pewarna merah di dalam kuali kalis lekat.
2. kacau selama 5 minit. masukkan kelapa parut dan kacau lagi atas api perlahan.
3. Bila campuran mulai kental, masukkan vanila, mentega dan gajus.
4. kacau lagi sehingga campuran kandi tidak melekat pada kuali.
5. Ratakan dalam loyang yang dilenser marjerin. Biar suam sebelum dipotong bentuk empat segi tetapi jangan disaingkan.
6. Setelah kandi betul-betul sejuk, barulah diasingkan dan disimpan di dalam bekas bertutup.
sumber info: http://resipicitarasawan.blogspot.my/