|
Oleh Izzah Abbasy
The Bagels merupakan makanan yang pasti menjadi fenomena yang sama konsepnya dengan Auntie Anne’s, Dunkin Donughts dan lain-lain.
Rupa bulat yang comel, kelihatan seakan donut ini dihasilkan dengan warna warni pelangi yang menarik didatangi pula dengan pelbagai jenis perisa.
The Bagels memperkenalkan satu idea yang baru dengan menghasilkan pelbagai jenis warna striking yang semestinya kelihatan sangat menarik perhatian orang ramai untuk beli dan cuba kesedapan makanan ini.
The Bagel Store popular dengan kedai makanan yang menghasilkan Bagels berwarna-warni di Brooklyn.
Konsep serta idea baru ini diperkenalkan oleh Scot Rossillo ternyata mewujudkan rasa yang lazat, unik dan bukan itu sahaja The Bagels juga mempunyai rasa krim keju yang luar biasa seperti funfetti krim keju, Nutella dan juga krim cannoli.
Bayangkan betapa enaknya rasa setelah digigit bersama dengan krim yang cair di mulut pasti akan menceriakan hari anda. Kalau anak-anak kecil yang melihat The Bagels ini pasti menjerit-jerit nak kan? Tak sabar pula nak mencubanya! - CARI Infonet
Kredit : The Bagel Store
|
|