CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11925|Reply: 73

[Tempatan] {6} 2 org terjatuh gaung 91 meter di Bukit Keluang gara2 berselfie! post 10

[Copy link]
Post time 21-4-2016 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 21-4-2016 03:00 PM

20/04/2016 9:34pm

BESUT - Seorang pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan patah kaki, manakala seorang lagi rakan wanitanya cedera ringan akibat terjatuh di kawasan rekreasi di Bukit Keluang, dekat sini, tengah hari tadi.

Mangsa, Mohd. Saifuddin Naif Johari, 24, dan Nor Fatihah Johari, 32, dikatakan terjatuh dari ketinggian 91 meter dari lereng bukit di kawasan rekreasi tersebut, manakala seorang lagi rakan mereka, Nor Malini Mohmad, 20, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba Besut, Mohd. Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 1 tengah hari.

"Sebaik sahaja mendapat panggilan, pihak bomba bersama 13 orang kekuatan dan lima orang renjer hutan bergegas ke tempat kejadian.

"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 5.45 petang tadi dan kini mereka dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut," katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2016 06:46 AM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 21-4-2016 06:47 AM




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 07:30 AM | Show all posts
licin kot.. tergelincir.. kesian nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca mlm tadi kat fb. Ada yg jatuh ke bawah sbb gigih nak jadi batak selfie. Jap p carik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 07:34 AM | Show all posts
mmg tempat ni trending skarang ni utk ummah selfie...
tak dinafikan mmg cantik tmpt ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg student UMK tu ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2016 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 21-4-2016 07:37 AM
Ni yg student UMK tu ke?

Aah. Umnah UMK
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah dgn org yg suka ikut trend, trend la sgt.puiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 07:58 AM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2016 07:33 AM
Ada baca mlm tadi kat fb. Ada yg jatuh ke bawah sbb gigih nak jadi batak selfie. Jap p carik balik.

Batak sgt oghe Kelate ni...mcm jakun
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:05 AM | Show all posts
Gara-gara selfie pendaki nyaris maut
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 APRIL 2016

Gara-gara selfie pendaki nyaris maut

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran membawa mangsa turun disebabkan keadaan jalan yang curam.
BESUT - Gara -gara berselfie  seorang pendaki nyaris maut apabila dia terjatuh dari bukit pada ketinggian 30 meter ketika mendaki Bukit Keluang di sini tengahari hari tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengahari itu, mangsa Safiuddin  Naif Johari, 24, dari Kota Bharu, Kelantan mengalami patah pergelangan kaki dan cedera di beberapa bahagian badan.

Komander operasi mencari dan menyelamat,  Mustafa  Ismail berkata  pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira jam 1.05 petang dan seramai 16 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Jertih  itu lagi, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama lima ahli keluarga termasuk tunangnya sedang melakukan aktiviti merentas hutan sambil menikmati keindahan berasa di tebing puncak Bukit Keluang yang menghadap Laut China Selatan itu.

"Masa tiba di kaki bukit itu kita jam 10 pagi dari Kota Bharu dan terus mendaki bukit tersebut.

"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan  ingin merakam gambarnya sendiri (selfie) menghadap laut berhampiran  tebing di atas bukit itu," katanya.

Mustafa  berkata lagi, bagaimanapun kaki mangsa tergelincir lalu jatuh ke lereng bukit curam itu namun tersangkut pada bahagian  batu di situ.

Menurutnya,  sebelum membuat panggilan kecemasan, tunang dan adik perempuan mangsa cuba turun ke bawah tebing itu untuk memberi bantuan dan menyelamat mangsa namun tidak berhasil malah mereka juga terperangkap  di lereng itu.

"Dua orang yang cuba membantu itu iaitu kakak mangsa Nor Fatihah, 32, kepenatan sementara tunangnya Nor Nalini Mohamad, 20 mengalami calar- calar sahaja," katanya.

Beliau berkata lagi, anggota bomba dibantu kumpulan pendaki setempat berusaha membawa naik mangsa ke atas  tebing menggunakan  pengusung dan tali sebelum mangsa  berjaya dibawa turun ke kaki bukit jam 5.45 petang.

Kata beliau, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan di bahagian kepala atau pendarahan teruk sebaliknya a mengalami patah pada  pergelangan kaki kiri selain luka.

Mangsa dan adik perempuannya yang kepenatan dikejarkan ke Hospital  Besut untuk rawatan dengan dua buah ambilan yang telah sedia menunggu di situ sejak jam 1.15 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:09 AM | Show all posts
atira replied at 21-4-2016 07:34 AM
mmg tempat ni trending skarang ni utk ummah selfie...
tak dinafikan mmg cantik tmpt ini

koleksi selfie anggun








Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:10 AM | Show all posts

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan 15/1612 hrs ·

[MPP UMK : TRAGEDI BUKIT KELUANG]

Salam UMK,
Kami Dari Pihak MPP Memohon Mahasiswa Yang Mengetahui Tentang Kejadian Mahasiswa Yang Terjatuh Di Bukit Kluang, Mohon Tampil Depan Memberi Butiran Berkaitan Mangsa Untuk Kami Membantu Mereka.

Kerjasama Anda Amat Kami Amat Hargai Dalam Perkara Ini.Kami Juga Berharap Semua Mahasiswa Akan Menjaga Keselamatan Diri Anda Dimana Jua.
Anda Boleh Menghubungi MPP Kampus Untuk Memberikan Maklumat Kejadian.

- Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan 15/16 -




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:12 AM | Show all posts
Edited by Syd at 21-4-2016 08:15 AM

Adakah hadek-hadek tu semua nak tiru gaya selfie kat sini?




lantas terjunam ke bawah?








antara geng sekelompok tuh;






Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cash n carry gitu
baek ko terjun sambil selfie je
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:17 AM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2016 08:09 AM
koleksi selfie anggun

tunggu iols selfie ngan pose cam nie ... nanti iols tepek pic tu kat porem erk ...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 08:22 AM | Show all posts
shernazz replied at 21-4-2016 08:14 AM
cash n carry gitu
baek ko terjun sambil selfie je

selfie sambil terjun tiruk kah ittiew?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:24 AM | Show all posts
MissNigga replied at 21-4-2016 08:17 AM
tunggu iols selfie ngan pose cam nie ... nanti iols tepek pic tu kat porem erk ...

lentuk badan yu ols ngan dia dah sama dah tuuu


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:26 AM | Show all posts
excited sgt kekdahnya

tp mmg cantek view bukit kluang ni..
blk kg nti nk kena explore jgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 08:30 AM | Show all posts
Syd replied at 21-4-2016 08:24 AM
lentuk badan yu ols ngan dia dah sama dah tuuu

euw... iols kalo dah melentuk melentik ... leh bubuh gelas wine kat atas bontot iols .... stable.. sure tak jatuh punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.366417 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list