View: 2482|Reply: 2
|
Padang Rumput Maqu Yang Berwarna-warni!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
Padang Rumput Maqu yang seluas lebih 10 ribu kilometer persegi terletak di kaunti Maqu, provinsi Gansu, China.
Sungai Kuning, sungai kedua terpanjang di China yang juga dikenali sebagai "ibu sungai orang Cina" mengalir masuk dari barat daya.
Setelah berbelok di Padang Rumput Maqu, arus Sungai Kuning mengalir keluar ke arah barat laut.
sumber foto: google image
Selekoh di padang rumput tersebut menjadi selekoh yang pertama daripada sembilan selekoh di sepanjang laluan arus Sungai Kuning.
Ximeiduohetang merupakan kawasan yang paling indah di Padang Rumput Maqu. Pada pertengahan bulan Julai setiap tahun, kawasan itu diliputi bunga globeflower yang berwarna kuning.
sumber foto: google image
Pada bulan Ogos, kawasan itu dipenuhi dengan bunga blue gentian yang berwarna biru.
Apabila tiba pula bulan Oktober, kawasan pergunungan di sekitar padang rumput itu diliputi dengan salji dan ditumbuhi dengan bunga Ranunculus yang mula berkembang di kawasan tersebut.
Kawasan Ximeiduohetang yang telah bertukar warna menyerlahkan keindahan yang berbeza-beza sepanjang tahun.
sumber foto: google image
Kebanyakan penduduk di Padang Rumput Maqu merupakan penduduk nomad etnik Tibet.
Ketika pesta etnik Tibet berlangsung, penduduk tempatan menunggang kuda, memakai pakaian tradisional yang cantik dan menikmati makanan yang lazat.
Selain itu, mereka juga memiliki adat resam yang unik.
Pada ketika ini, hotel mewah telah selesai dibina dan mula beroperasi di kawasan tersebut. Keadaan ini pasti memudahkan pelancong yang hendak mengunjungi padang rumput tersebut.- CARI Infonet
sumber info: http://www.chinadiscovery.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg cantik.hijau diselang-seli kaler warna warni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Shop Online/Classified
|