Oleh Izzah Abbasy
Penggemar aktiviti menyelam lautan dalam atau 'scuba diving' pasti tercari-cari laut mana yang paling cantik dan sesuai untuk menyelam.
Pastinya, bukan untuk saja-sajalah anda berskuba. Sudah tentu, ingin meneroka alam lautan yang banyak rahsianya dan terbukti begitu indah.
Fenomena alam yang aneh di Austria ini menjadi lokasi 'diving' yang popular sedalam 10 meter.
Lokasinya di kaki Pergunungan Hochschwab, di Tragoess, Styria, Austria.
Dikenali juga sebagai Green Lake ini kerana keadaan airnya sangat jernih berikutan salji mencair dari gunung menjadikan perairan tersebut sejernih kristal.
Tasik atau hutan tenggelam halus adalah satu fenomena semulajadi yang terbentuk setiap musim bunga. Nama asalnya zamruud-air hijau dan ia juga dikenali sebagai banjir hutan.
Penggemar 'diving' yang datang ke sini pasti dapat menikmati keindahan taman pergunungan di dalam air. Mana tidaknya, terdapat tempat duduk, rumput-rumput yang menghijau, pepohonan, bahkan terdapat jambatan. Keadaannya tak ubah seakan berada di daratan.
Fenomena aneh ini dikatakan tidak berlaku sepanjang tahun kerana airnya akan surut apabila berganti musim dan bertahan menjadi Taman Bawah Air selama 6 bulan. - CARI Infonet
Kredit Info : annikaperry.wordpress.com
Kredit Foto : Google
|