|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.bharian.com.my/
Seramai 226 calon daripada pelbagai parti termasuk bebas akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-11.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, pada satu sidang media di pejabat SPR Sarawak sebentar tadi.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 calon adalah daripada Barisan Nasional (BN), serta 2 calon BN menang tanpa bertanding, PKR (40), DAP (31), PAS (11), PAN (13), STAR (11), Parti Bangsa Dayak Rakyat Sarawak (5) serta 35 calon bebas.
Katanya, sementara dua kertas pencalonan ditolak iaitu bagi calon daripada PKR di DUN Pantai Damai serta Kuala Rejang kerana tidak memenuhi syarat menjadi calon pilihanraya.
Pada sidang media sama, Mohd Hashim berkata, sasaran keluar mengundi disasar SPR pada kali ini adalah 75 peratus, berbanding PRN lalu 70 peratus.
Pada PRN kali ini juga beliau berkata lima DUN menyaksikan pertandingan lima penjuru.- CARI Infonet
sumber berita : www.bernama.com |
|