CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3876|Reply: 28

[Jenayah] Fail Lama Di IPD Kuala Terengganu Terbakar

[Copy link]
Post time 26-4-2016 03:25 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU, 26 April (Bernama) -- Sebuah bilik yang menempatkan fail dan dokumen lama di Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.

Kejadian pukul 10.15 malam itu memusnahkan hampir 80 peratus bilik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata kejadian disedari beberapa pegawai dan anggota yang sedang bertugas selepas mereka terhidu bau asap yang turut diikuti lampu di blok berkenaan terpadam.

"Bilik berkenaan sentiasa digunakan oleh anggota cawangan tersebut. Kebakaran dapat dikawal dengan pantas daripada merebak ke stor simpanan senjata yang terletak berhampiran bilik berkenaan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata berikutan bekalan elektrik terputus, pihaknya turut memindahkan 58 Orang Kena Tuduh (OKT) termasuk tiga tahanan wanita ke Balai Polis Gong Badak.

Bilik yang terbakar itu terletak kira-kira 30 meter daripada lokap IPD tersebut.

Idris berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas.

Sementara itu Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim berkata apabila pihaknya tiba, api sedang marak di bilik berkenaan yang terletak di tingkat bawah daripada bangunan dua tingkat.

Punca kejadian dan masih disiasat, katanya.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 03:38 PM | Show all posts
Haha automatik aku nak speku bebukan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:38 PM | Show all posts
pulok dohhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:40 PM | Show all posts
macam tak biasa..terbakar ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:41 PM | Show all posts
Asik tebako je bilik fail..asik bilik fail jer tebako...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sygnya fail2 tuhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 03:51 PM | Show all posts
ada makna ke file terbakar tu??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Taim ni la ko nak terbakor nye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 03:56 PM | Show all posts
Kenapa terbakar time2 macam ni?

<babi>speku speku speku</babi>
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Burita dulu:
Kebakaran di bukit aman berpunca dari api
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:06 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 26-4-2016 03:57 PM
Burita dulu:
Kebakaran di bukit aman berpunca dari api

Kebakaran hanya melibatkan akhbar lama - KPN.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:13 PM | Show all posts
ada org main mercun kot...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:32 PM | Show all posts
sumtin fishy sangat...asal terbakor je mesti bilik fail, dan bukanlah toilet ke, sel ke, bilik kebal ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:33 PM | Show all posts
selalu ye bilik fail kat balai terbakar..
tak pernah lagi dengar bilik lain kat balai terbakar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:36 PM | Show all posts
ade org suka duduk dalam tu sambil isap lokok..hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 04:47 PM | Show all posts
nak tutup kes yang baru dapat bukti baru???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 04:50 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 26-4-2016 03:57 PM
Burita dulu:
Kebakaran di bukit aman berpunca dari api

haha..takkan kebakaran berpunca dari air pulak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:57 PM | Show all posts
punca dari fenomena el nino
bukan ular je panas . kertas pon panas
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 05:03 PM | Show all posts
Kebakaran hanya melibatkan kertas2 order roti canai dan teh o ais...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 05:09 PM | Show all posts
spontaneous combustion spekulasi aku..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.881303 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list