View: 3611|Reply: 1
|
Apa Sebabnya Jika Cukup Tidur Tapi Masih Lagi Mengantuk?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Walaupun sudah tidur berjam-jam dan cukup masa iaitu 6 hingga 8 jam tapi masih terasa mengantuk.
Rasa mengantuk ini adalah 'hint' daripada tubuh agar anda memerlukan masa untuk berehat setelah penat seharian bekerja.
Namun, jika anda rasa mengantuk ketika waktu kerja dan belajar, anda perlu tahu 7 sebab petanda mengantuk yang bukan merupakan perkara biasa.
1. Anemia (kurang darah)
Anemia merupakan penyebab utama rasa mengantuk sering menyerang. Kekurangan darah menyebabkan kurangnya zat besi, sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke jaringan dan organ tubuh pun berkurang, sehingga menyebabkan orang sering merasa mengantuk.
2. Hipotiroid (menurunnya hormon tiroid)
Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengawal metabolisme dan kecepatan mengubah bahan bakar menjadi tenaga. Ketika kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, badan akan mula jadi lesu dan selalu mengantuk.
3. Diabetes
Glukosa adalah bahan bakar daripada tenaga yang dilepaskan dalam sel-sel kerana adanya oksigen. Individu yang mengidap diabetes peringkat 2 memiliki tingkat glukosa darah yang tinggi, kerana tubuh tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menyediakan tenaga. Oleh sebab itu, individu ini biasanya mengeluh berasa penat dan mengantuk sepanjang waktu.
4. Dehidrasi
Kepenatan dan mengantuk boleh jadi tanda dehidrasi. Segeralah mengambil atau minum air yang cukup agar tubuh merasa segar dan bersemangat.
5. Depresi
Depresi bukan hanya kepada gangguan emosi tetapi juga kepada gangguan lain. Penat, selalu mengantuk, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan adalah salah satu gejala yang paling umum pada orang yang mengalami depresi.
6. Gangguan Tidur
Gangguan tidur seperti 'sleep apnea' dan insomnia juga dapat menyebabkan keletihan dan mengantuk berterusan. Tidur digunakan untuk mengembalikan tubuh yang segar, sel-sel tubuh diperbaiki dan merehatkan diri.
Malah, bagi yang menderita kurang tidur disebabkan insomnia, 'sleep apnea', sistem pernafasan akan terganggu sehingga sering menyebabkan keletihan dan mengantuk.
7. Penyakit Jantung
Ketika mengantuk berlaku pada setiap hari, sebaiknya anda harus memastikan bahawa jantung berada dalam keadaaan yang baik, kerana selalunya mengantuk adalah pertanda awal penyakit jantung.
8. Sindrom Keletihan Yang Kronik
Letih dan penat biasanya segera hilang saat beristirahat. Tapi untuk 'chronic fatigue syndrome', keletihan ini tidak cepat hilang dan biasanya disertai dengan kelesuan, mengantuk, cepat marah, ketegangan otot dan dalam beberapa kes yang boleh menyebabkan terjadinya hilang memori.
Tips dan Cara Mengatasi:
1. Sayuran Hijau
Sebaiknya perbanyakkanlah makan sayuran hijau seperti bayam, batang seleri, kubis, kangkung, dan kentang.
2. Kacang Almond
Kacang almond kaya akan zat besi yang dapat meningkatkan aliran darah dalam tubuh.
3. Buah
Bagi penderita anemia anda amalkan pengambilan buah seperti aprikot, epal, anggur, kismis dan buah plum yang dapat meningkatkan aliran darah dalam tubuh kita.
4. Banyak minum air putih
Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
5. Biasakan tidur lebih awal
Sebaiknya kita tidur lebih awal, kerana tidur lewat mengakibatkan kita sukar bangun awal pagi.
6. Pola makan
Pola makan yang buruk dapat membuatkan tubuh merasa letih dan lesu. Makan makanan yang tidak sihat atau 'junk food' dapat menyebabkan kita kerap tidur. Oleh sebab itu, makanlah makanan yang kaya nutrisi dan banyakkan buah-buahan segar dan sayuran. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang oksigen pon sama jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|