|
|
oleh Adib Za
Kualiti udara di sekitar Lembah Klang mencatat peningkatan dan menjadi lebih baik selepas hujan di beberapa kawasan semalam.
Sebanyak 21 kawasan mencatat IPU sederhana termasuk Pelabuhan Klang dengan bacaan 73 setakat jam 5 pagi tadi.
Kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Shah Alam (61), Nilai (65), Batu Muda (59), Petaling Jaya (54), Cheras (56) dan Banting (55).
Seterusnya, sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan IPU baik. - CARI Infonet
Baca selanjutnya: Berita Harian

(Sumber foto: Bernama) |
|