|
Oleh : TS LOO
Rome, Itali yang sinonim dengan jolokan Kota Gladiator, memiliki keindahan tersendiri baik pada sudut seni bina, mahupun pemandangan semula jadi.
Perjalanan dari Paris ke Rome mengambil masa dua jam dengan menaiki pesawat. Sepanjang perjalanan, pancaindera disaji dengan keindahan panorama banjaran Alps yang mengagumkan.
Antara destinasi pelancongan yang popular adalah gereja Santa Maria Maggiore, Colosseum, Circo Massimo, Piazza Venezia, Vetican City dan banyak lagi.
Pengunjung boleh melawat tempat-tempat ini dengan menaiki perkhidmatan bas ROMA City yang menawarkan pas untuk kegunaan satu hari.
Bak kata orang, rugi kalau ke Itali jika tidak ke Colosseum, mercu tanda bersejarah yang dibina berabad lamanya.
Terletak di timur Rome, binaan yang juga dikenali sebagai Flavian Amphitheatre itu memiliki struktur unik dengan identiti tersendiri.
Bagi mereka yang gemar membeli-belah disarankan meluangkan masa ke Castel Romano Designer Outlet yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Rome.
Pasti ramai akan ‘jatuh cinta’ dengan tempat ini yang menjual barangan berjenama seperti Versace, Coach, Burberry dan banyak lagi dengan tawaran harga rendah.- CARI Infonet
sumber info : http://www.telegraph.co.uk/ |
|