CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 5

Kentang Bakar Keju

[Copy link]
Post time 4-5-2016 04:03 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za


(Sumber foto: Carian google)





Gabungan kentang bakar dengan cheese atau keju boleh buat kecur air liur.




Menariknya resipi ini memang sangat sihat kerana menggunakan minyak dengan kadar minimum.




Bagi anda yang gemarkan sayur-sayuran pasti akan jatuh hati dengan menu kentang bakar ini.






Bahan-bahan:


5 biji ubi kentang saiz besar
1/2 sudu besar mentega
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai daun bawang - potong kecil
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan UHT whipping cream
garam dan lada sulah secukup rasa
Parutan keju cheddar secukupnya untuk taburan




Cara-cara:


1.  Bersihkan kentang, kemudian kukus hingga lembut.  Angkat dan biarkan betul-betul sejuk.


2.  Potong 1/3 bahagian atas ubi kentang.  Keluarkan isinya menggunakan sudu, tinggalkan 1/4 tebal bahagian kulit luar.


3.  Hancurkan isi kentang yang di keluarkan tadi.  Ketepikan.


4.  Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan susu segar dan whipping cream, panaskan hingga berbuih di tepi periuk tetapi jangan sampai mendidih.


5.  Tuang sedikit-sedikit ke atas ubi kentang, dan gaul hingga sebati, masukkan daun bawang dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.


6.  Sudukan adunan tadi ke dalam kulit kentang hingga penuh.  Akhir sekali tabur dengan parutan keju cheddar.


7.  Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 15-20 minit atau hingga keju cair dan keperangan. - CARI Infonet




Sumber resipi: resipi citawarasawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 04:52 PM | Show all posts
Perghhh....klu dpt free org bagi lg sedap ni...makan time2 ujan ni...fuhhhh......Pos boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak senang &sedap
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 05:34 PM | Show all posts
parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pergh sodap gile
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 11:18 PM | Show all posts
keju kfc tuh,nk buat cmne


satu lagi,kuah black paupew untuk ayam tuh,cmner
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.147111 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list