View: 1867|Reply: 1
|
Makanan Yang Menambah Susu Badan
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
Bagi bakal ibu yang berhasrat untuk memberikan susu badan yang berkualiti kepada si kecil kelak, sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang sangat membantu penghasilan susu tersebut.
Bukan sahaja kualiti yang dipertingkatkan, malah begitu juga dengan kuantitinya.
1. Air
Ia sangat diperlukan oleh tubuh. Selain memastikan anda sentiasa terhidrat, mineral dalam air juga berfungsi memperbanyakkan produksi susu badan.
2. Kekacang
Almond, pistacio dan pelbagai jenis kacang lain berfungsi meningkatkan produksi susu badan. Ia juga meningkatkan tenaga dan mengelakkan lelah.
3. Lobak merah
Kandungan beta-karoten yang menghasilkan banyak vitamin A dalam lobak baik untuk penghasilan susu badan dan juga kesihatan bayi. Ambillah 2-3 batang lobak setiap hari.
4. Bawang putih
Bagi ibu yang baru melahirkan, bawang putih wajib diambil setiap hari baik dalam bentuk mentah atau dimasak. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|