CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Kaka Makin Menyerlah

7-4-2014 11:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8977| Komen: 20




Kaka makin menyerlah

BUKAN pertama kali, nampaknya bakat penyanyi yang popular dengan lagu Infiniti Cinta, Kaka Azraf dalam bidang teater telah terbukti dan sekali lagi diberi peluang membintangi teater Projek Kahwin di samping Hanez Suraya dan Kilafairy.

Akui sangat teruja, Kaka yang membawa watak sebagai teman rapat kepada dua aktres itu bagaimanapun berharap dapat meraih lebih pengalaman dan ilmu.

“Alhamdulillah, rezeki saya masih ada selepas membintangi teater arahan Raja Azri sebelum ini.

“Saya berharap ada pengalaman baru yang dapat saya timba untuk mencapai tahap seterusnya dalam bidang lakonan teater ini dan dapat menunjukkan bakat yang ada selain tidak ulangi kesalahan yang sama seperti teater yang lalu,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang bakal beraksi Hanez Suraya dan Kilafairy, Kaka berkata, dia tidak ada sebarang masalah kerana kenal rapat dengan kedua-dua pelakon itu.

Menurut Kaka, walaupun Hanez mempunyai kontroversi namun ia tidak menjejaskan hubungan profesional antara mereka.

"Saya tidak ada sebarang masalah walaupun akan bergandingan dengan dua teraju utama itu. Bagi saya ia satu pengalaman. Lagipun saya sudah mengenali perwatakan mereka.

Bagi saya ia satu cabaran untuk beri yang terbaik menerusi teater ini.

"Mengenai isu kontroversi Hanez, saya tak rasa ia akan mengganggu persembahan teater serta penjualan tiket," katanya.


Tak lupa nyanyian

Dalam perkembangan lain, pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff, 24, ini mengakui masih muda dan memiliki peluang memperluaskan bakatnya. Namun, itu bukan bererti dia melupakan bidang nyanyian.

“Saya mahu lebih berjaya dalam dua bidang iaitu nyanyian dan lakonan. Bagi saya, untuk menjadi artis yang berjaya perlu kerja keras lagi, maklumlah, saya juga masih muda,” katanya.

Selepas kolaborasi bersama Zizan Razak menerusi lagu Infiniti Cinta dan Bawaku Pergi, Kaka bakal tampil dengan single solo pertamanya berjudul Terpulanglah.

“Single yang bakal keluar itu merupakan lagu pertama yang akan saya bawa secara solo.

"Lagu solo ini lebih menyerlahkan lagi vokal dan teknik nyanyian saya kepada R&B dan Soul," katanya yang masih mengacarakan program berbentuk travelog di TV9.

9

Bagus

Marah
7

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote girly.. 3-4-2014 04:54 PM
dia dah bukak braces ker??? cam cantik jer. cam comel jer. tp  kaka mmg suwitttttttttttttt
Quote Ferr_Remy 3-4-2014 04:57 PM
Sore pun autotune.. bakat ke laut..
Quote berun 3-4-2014 04:57 PM
girly.. posted on 3-4-2014 04:54 PM
dia dah bukak braces ker??? cam cantik jer. cam comel jer. tp  kaka mmg suwitttttttttttttt

belum lagi. mahu lagi 1 tahun kut
Quote -electrifying- 3-4-2014 04:59 PM
aku suka tgk "kegedikan" dia tu. fuh terangsang
Quote idadzira 3-4-2014 05:01 PM
dia ni anak sedara ella kan?
Quote maxim 3-4-2014 05:12 PM
huhuhuhu





(xtau nk komen ape)
Quote girly.. 3-4-2014 05:12 PM
berun posted on 3-4-2014 04:57 PM
belum lagi. mahu lagi 1 tahun kut

oooo yer ker.. tp dia comel la. mcm ella gak dia ni...
Quote tomet05 3-4-2014 05:35 PM
anak sedara ella eik ?
Quote prettyrara 3-4-2014 06:54 PM
nyanyi live haritu mcm tak sodap je.
Quote shaykays 3-4-2014 08:37 PM
Ok ok lahhhhh
Quote non.sari 3-4-2014 08:40 PM
Kejap muka nmpak cantek..
Kejap kang nampak bese2 je..
Muka galih2 gak die nih..
Quote munchkin 3-4-2014 09:21 PM
Muka dia cam adik ipar aku punya current gf. Few months mungkin tukar lagi gf. Asyik mengangkut merata rata bawak jumpa family member and everytime different gf. Ntah apa perasaan future isteri bila tau asik tukar gf.
Quote mitnick 3-4-2014 09:40 PM
so, bile nak kuar lagu baru?
Quote berancuk 3-4-2014 09:42 PM
munchkin posted on 3-4-2014 09:21 PM
Muka dia cam adik ipar aku punya current gf. Few months mungkin tukar lagi gf. Asyik mengangkut mera ...

belum jumpa yang serasi kak, sebegitulah
Quote munchkin 3-4-2014 09:46 PM
berancuk posted on 3-4-2014 09:42 PM
belum jumpa yang serasi kak, sebegitulah

Dah jumpa sebetulnya baru angkut jumpa mak bapak and family lain. Omputih pun kalau serius baru angkut jumpa mak bapak. Ni bertukar ganti. Asik asik tag family family dalam gambar. Nanti bila break delete gambar. Semua awek dia ekslusif kekdahnya. Bila nak intimate dinner dengan family diangkutnya awek dia juga.

Quote bedahmulutpuaka 8-4-2014 09:01 AM
lawa plak kaka ni..

kadang-kadang x cun..

camera 360 kot atas ni..
Quote R.A.M.A_mirror 10-4-2014 11:28 AM
kaka???
xcun..
ok bye..
Quote clarizsa 10-4-2014 11:45 AM
comel la pulak.. hehe... suka je tgk dia.. klon ella gitu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top