CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ayah Emma Maembong Siasat Identiti Zizan Razak

8-4-2014 10:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30435| Komen: 124



Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pelakon Emma Maembong akhirnya mengaku kepada pihak media bahawa benar yang dia bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak.

Bertemu Emma pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Maixara di Menara Kuala Lumpur semalam, aktres kacukan Melayu-Scotland ini berkata, selama ini dia bukan sengaja merahsiakan perhubungan tersebut meskipun sering diasak dengan pelbagai spekulasi hinggalah timbulnya beberapa kontroversi.


"Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat. Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat.

"Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu. Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi. InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua", katanya yang sekaligus mengesahkan hubungannya dengan Zizan kini sudah ke fasa serius.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama 'Kau Yang Terindah' ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya. Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

"Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah. Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual.

"Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan. Dalam diam-diam ayah siasat dan bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis...

"Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan", katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara, Ismail Maembong.

Dalam perkembangan lain, Emma kini menggalas tanggungjawab sebagai duta Maixara selama setahun. Selain itu pada bulan April ini, Emma tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.


1

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote serimaya 8-4-2014 08:56 AM
aikk zizan sikit punya glamour pun bapak dia tak kenal . dah la org kenal anak dia pun sebab zizan..agak agaklah nak menipu pun..
Quote ejans 8-4-2014 09:00 AM
serimaya posted on 8-4-2014 08:56 AM
aikk zizan sikit punya glamour pun bapak dia tak kenal . dah la org kenal anak dia pun sebab zizan.. ...

Jgn lah pikir semua org mcm ko. Kenal retis... pakcik aku pon x kenal zizan.. sbb die x lyn melodi raja lawak bagai semua nih...
Quote mamapea 8-4-2014 09:01 AM
serimaya posted on 8-4-2014 08:56 AM
aikk zizan sikit punya glamour pun bapak dia tak kenal . dah la org kenal anak dia pun sebab zizan.. ...

tu la psl..anak2 aku pun kenal zizan ni kan pulak bapak artis..
peliknya..sama la dgn pasangan artis2 yg lain..
bila tanya mula2 mesti tak kenal suami/isteri dia artis..
Quote mrs.Big 8-4-2014 09:02 AM
statement yg sangat ketahian...ckp sekampung siap package berjiran bagai...tp ayah dia x kenal zizan...bimbo tahap gaban dak emma niihh...
Quote seri_mawr 8-4-2014 09:05 AM
ejans posted on 8-4-2014 09:00 AM
Jgn lah pikir semua org mcm ko. Kenal retis... pakcik aku pon x kenal zizan.. sbb die x lyn melodi ...

betul tu...
abah aku pun x kenal zizan....
sbb dia tak tgk rancangan2 hiburan ni...tak minat nak tgk katanya...

tapi klu muka2 menteri semua dia kenal...walaupun baru jadi menteri....huhuhuhuhu Last edited by seri_mawr on 8-4-2014 09:09 AM

Quote mybodyshop 8-4-2014 09:06 AM
biasa je rasanya kalau ayah dia tak kenal zizan... bukan semua org kenal artis..
Quote wookiehoney 8-4-2014 09:11 AM
biasa je kalau tak kenal zizan
nak2 yg tak layan astrok di romah
Quote kupu2siang 8-4-2014 09:12 AM
umah bapak dia xde tv
Quote hensem2012 8-4-2014 09:12 AM
org2 BIMBO je yg hadap si ZIZAN nie...kalau yg well educated mmg x layan pun retis2..pelawak2 sampah nie
Quote serimaya 8-4-2014 09:15 AM
ejans posted on 8-4-2014 09:00 AM
Jgn lah pikir semua org mcm ko. Kenal retis... pakcik aku pon x kenal zizan.. sbb die x lyn melodi ...

masaalahnya dorang sekampung..kalau ada org kampung ko masuk tv tak mungkin ko tak kenal kan?lagi pulak ko berjiran..ke emma ni saja buat cerita je yg dia sekampung..


Quote katakbakbak 8-4-2014 09:19 AM
untonglaa zizan dpt gf cun mlecun,,

bapak aku pon lgsg x knal sape zizan,,sume retis pon dy x knal,,
Quote tomet05 8-4-2014 09:22 AM
stendered la x kenal retis .. stok layan tb1 mana nak kenal weh ..
Quote makcik_timah61 8-4-2014 09:22 AM
ejans posted on 8-4-2014 09:00 AM
Jgn lah pikir semua org mcm ko. Kenal retis... pakcik aku pon x kenal zizan.. sbb die x lyn melodi ...

Makcik kenal Zizan, Johan, Nabil
Tapi yg lain tk kenal pun
Quote beatgirlX 8-4-2014 09:23 AM
heheh..mungkin berjiran dari segi kg berjiran kg kot..
apa pun semoga berbahagia la..
pasal tak kenal tu memang ada..ayah aku pun tak kenal sapa zizan..hehehe
Quote ais_kosong 8-4-2014 09:26 AM
nikah je la cepat2..
Quote scarflicious 8-4-2014 09:26 AM
Anak aku pon tak kenal ARTIS. Siap tanya..... siapa tu ONE DIRECTION. Why kawan2 dia tergila2 sgt dgn ONE DIRECTION ni.. dia kata penyanyi ka.. pelakon ka?

Kalau dah ONE DROECTION pon dia tak kenal... apatah lagi ZIZAN ni... taraf2 tempatan aje.

Thanks
Quote fifie_olin 8-4-2014 09:42 AM
korang igt zizan tu glemer sgt ke seme org kenal...
kalo lalu seblah aku pon x perasan sizizang ni
Quote lina21 8-4-2014 09:42 AM
koser sgt ayah dia ni, dah kehulu kehilir emma dgn zizan tu
dah trlmbat baru nak siasat
Quote cikzue 8-4-2014 09:43 AM
sekampung erti terengganu, depa kan asal terengganu.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044497 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top