CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Eina Azman

18-4-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26673| Komen: 140


Afiq Muiz Kembali Pada Ibu, Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Eina Azman

Sejak kembali semula ke pangkuan ibunya pada awal tahun lalu, aktor kontroversi, Afiq Muiz berkata dia gembira dan bersyukur dengan kehidupannnya sekarang. Kata pemuda berusia 22 tahun ini dia juga mahu membersihkan namanya dan fokus terhadap kerjaya lakonan.

Pada masa sama, dia juga berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dia dengan bekas teman wanitanya iaitu pelakon Eina Azman.


"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya dah minta ampun pada ummi saya dan dia pun dah ampunkan saya. Dia pun bersyukur kerana saya dah tinggal bersamanya semula. Sekarang ini saya mahu bersihkan nama saya. Sekarang saya tengah kumpul duit nak bawa ibu saya pergi umrah. InsyaAllah rancang nak pergi bersamanya pada Januari tahun depan.

"Saya dengan Eina tiada apa-apa hubungan lagi. Kami pun sudah lama tak berjumpa kerana masing-masing sibuk. Dia pun sudah ada kekasih. Tolong jangan kaitkan lagi saya dengan dia. Dia dah tak ada dalam fikiran saya. Teman wanita saya sekarang adalah ummi saya", katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di Alexis The Gardens, petang semalam.

Tahun lalu, Afiq mencetuskan kontroversi apabila ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 49, membuat pendedahan eksklusif meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman hingga dia dilabel sebagai 'anak derhaka'.

Dalam pada itu Afiq juga berkata, kontroversi lalu banyak mengajar dan menjadikan dia kini lebih matang.

"Saya ada pesanan untuk orang diluar sana terutama yang bergadu atau berselisi faham dengan ibu mereka, balik minta maaf. Semua orang tak sempurna. Saya bersyukur kerana Allah berikan saya ujian ini. Banyak hikmahnya dan buat saya kini jadi lebih matang.

"Banyak yang saya belajar daripada kesilapan lalu. Sewaktu saya susah dulu saya sudah tahu siapa kawan dan siapa lawan", katanya.

Mengenai perkembangan karier, mulai Jun ini Afiq memberitahu dia akan kembali bernaung di bawah pengurusan produksi Global Station. Selain itu dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama 'Gerimis Salju Naminara' yang menjalani penggambaran di Korea. Juga drama 'Dingin Sahara', yangmenjalani penggambaran di Bandung, Indonesia.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosa_canina 18-4-2014 08:55 AM
syukur dah insaf...hrp lps nie jgnlah derhaka dgn ibu
walau mcm mana sekalipun syurga tu tetap dibawah kaki ibu
gelfren blh lari..tp ibu tetap ada kan
Quote rosasa 18-4-2014 08:55 AM
alhamdulillah...
Quote Adilla 18-4-2014 08:56 AM
Alhamdullilah Syukur ke hadrat Allah yang memberi peluang kepada anak ini berubah.
Quote lina21 18-4-2014 08:57 AM
baguslah budak kecik, harap keinsafan ko berkekalan
Quote faiz-za 18-4-2014 08:59 AM
Bagus lah dia dah mintak maaf dengan mak dia
harap lepas ni jangan buat benda sama kalau jumpa perempuan lain
Quote dubuk 18-4-2014 09:11 AM
berapa puluh ribu habis kasi girlfriend?
Quote mimi_ayu 18-4-2014 09:14 AM
alhamdulillah dh insap pon afiq ni....lps ni jgn buat lg....even jgn terpikir pun nk menderhaka kt ummi tu....
Quote AbukRokok 18-4-2014 09:17 AM
kepada lelaki2 luar sana

ingat nama dan muka Eina Azman

tgk muka pun dah tau air muka pompuan jahat mcm dalam telenovela dan sinetron
Quote mzzenma 18-4-2014 09:21 AM
alhamdulillah

so nampak sgt muka senduk yang bikin problem kan
Quote tomet05 18-4-2014 09:22 AM
dah ensapp kan bagus lah
Quote lucky_peace 18-4-2014 09:23 AM
alhamdulillah~~
Quote kikuri 18-4-2014 09:28 AM
baguslah....kasih ibu membawak ke syurga...kasih eina senduk membawak kesenduan
Quote lola 18-4-2014 09:32 AM
Dh kena tinggal br nk cr mak..
Quote Gedebook 18-4-2014 09:33 AM
duit dah abis...gegerl blah dulu...gegerl cari org lain yg ada duit dan title....
Quote selipar_hijau 18-4-2014 09:35 AM
Ex ko mmg x guna
Quote Eliadaisy83 18-4-2014 09:36 AM
Syukur dah kembali ke pangkal jalan.
Pasni kalau kenal pompuan lain, jangan buat hal lagi sudah.
Quote edoraixora 18-4-2014 09:37 AM
harap rase insaf tu mmg tertanam kt dlm hati ko tuh
jgan nnti bile job dh kencang balik, duit dh byk balik
ade pulak cikki2 lain mengimpit nk kikis duit ko
ko buat semula perangai lame
memang nk kne ketuk2 kepala tu
Quote ohsemmm 18-4-2014 09:38 AM
Alhamdulillah dik...sedar juga kamu ya..
Walau hebat manapun dirimu, syurga mu tetap di bawah tapak kaki ibu

......tetiba teringat lagu Aisyah, syurga di telapak kaki ibu
Quote botolmineral 18-4-2014 09:39 AM
1397779134690.jpg

Dah ok pun...
Alhamdulillah...
pic dari twitter mak afiq 4 hari lepas...


Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070335 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top