CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Cium Yang Macam Mana Tu?"

24-4-2014 12:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 73006| Komen: 402



Apabila ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan mengenai kontroversi yang timbul sekitar bulan lalu yang mengaitkan namanya, aktres jelita ini seolah-olah seperti tidak tahu-menahu mengenai hal itu.

Sebaliknya Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Faz, pantas bertanyakan kembali kepada pihak media,

"Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana...? Bercumbuan ni ada macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar.


"Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium.

"Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya", itu kata Fazura ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di Alexis The Gardens, petang semalam.

Bulan lalu, dunia hiburan tempatan gempar dengan satu laporan sebuah portal yang menyebut, Fazura membuat aksi terlampau iaitu bercumbuan bersama “rakan baik”nya, Randy Seidman yang merupakan seorang deejay dari Amerika. Laporan juga menyebut, mereka ada melakukan aksi urut-urut belakang dan saling melentukkan kepala di bahu.

.

Bagaimanapun kata pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' ini, dia tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita berkenaan.

"Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allahh lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi apapun iat dia, itu antara dia dengan Allah", tuturnya sambil meminta pihhak media tidak terus bertanyakan hal itu lagi.

Persoalannya, kenapa Fazura bersikap seperti tidak tahu apa-apa ketika diminta mengulas oleh pihak media? Sedangkan ketika kontroversi itu menjadi bualan hangat ramai, dia ada memuat naik satu status di laman Twitter yang merujuk kepada dakwaan kontroversi tersebut.

Menerusi status tersebut, Fazura seperti berang dengan dakwaan berkenaan.

.

Kalau betul dia langsung tidak tahu, macam mana dia tiba-tiba menaikkan status sebegitu, kan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 18-4-2014 08:54 AM
wah wah...yang mcm mana tu???

banyak lettew gamaknya
Quote setankuning 18-4-2014 09:15 AM
cium deep2 bole
cium cup2 bole
cium muah2 bole

pilih je mana satu

p/s:tetap kagum dgn penggunaan Allah setiap kali missfake menjawab
Quote mokcikKSKB 18-4-2014 09:17 AM
dementia dtg lg kat ahkak fake tu yg leh lupa.
Quote miminn 18-4-2014 09:18 AM
comel gegirl sangat pakai dress gitu.
Quote mzzenma 18-4-2014 09:19 AM
temporary amnesia detected...or maybe permanent

mohon fake mkn ubat mengikut jadual

penyakit bertambah teruk nampaknya

Quote tomet05 18-4-2014 09:21 AM
missfake dah kawab dah tuh
Quote haryatie 18-4-2014 09:30 AM
ramai gak org2 melayu yg bukan artis pun bercium kat public...
da jd trend kut..
didik & berdoa je la smoga ank2 kita tk melakuknnya..
.
Quote chekshu 18-4-2014 09:32 AM
retis bila menafikan berita - konpem perkataan Allah tak lepas di bibir
masa buat mende2 tak senonoh - lupa plak kat tuhan!

Quote batman_2007 18-4-2014 09:32 AM
Bila usia mningkat gini la jd nye.
Lupa sana sini
Quote annehuda 18-4-2014 09:35 AM
retis zaman skrang ilmu sastera tinggi sgt. tak boleh ke jawab 'yes sy mmg bercium' or 'no saya tak buat benda2 mcm tu' kan senang?
Quote NHolmes 18-4-2014 09:40 AM
annehuda posted on 18-4-2014 09:35 AM
retis zaman skrang ilmu sastera tinggi sgt. tak boleh ke jawab 'yes sy mmg bercium' or 'no saya tak  ...

Biasala kona kona haha
Quote makton 18-4-2014 09:45 AM
retis! cara jawab pun tak menyakinkan..
Quote dubuk 18-4-2014 09:46 AM
dia kata orang boleh

orang kata dia tak boleh
Quote -electrifying- 18-4-2014 09:49 AM
byk nau berdolak dalih. hihi
Quote lampu_liplap 18-4-2014 09:49 AM
again and again....selective amnesia menyerang.....
tapi bila part ngata loopa, fuyooo.....ingat aje semua citer2 yg disampaikan dari molot ke molot
Quote edoraixora 18-4-2014 09:57 AM
tu dia......
penyakit mek jura sudah kembali menyerang

biasenye, kalau retis jawab konar2 macam nih, mesti betul gosip tuh
Quote nurul_akmar 18-4-2014 10:32 AM
cantik la fazura ni
Quote onetwonine 18-4-2014 10:33 AM
bg la picca nk nenok...
Quote mrsLucky 18-4-2014 10:42 AM
Selective amnesia...please stop it lah Fazura its sickening expecially untuk mereka yang tahu perangai you yang sebenarnya...

Lihat semua komen(402)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.330116 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top