CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tulisan Di Baju T Bukan Biadab - Sharifah Sakinah

14-5-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16152| Komen: 80




Sharifah Sakinah akui letih dengan tanggapan negatif masyarakat yang sering mencaci dirinya.

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah menganggap tulisan pada baju T yang sering dipakainya dan beberapa artis bukanlah sesuatu yang biadab sebaliknya sebagai menyokong kempen kecergasan yang dijalankan.

Sakinah atau Syarifah Nurul Sakinah berkata, baju tersebut dibuat untuk memberi kesedaran dan strategi pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan menyertai kumpulan senaman yang baru ditubuhkannya.

"Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.

"Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja," katanya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang kontroversi dan tomahan masyarakat terhadap baju T dengan tulisan yang dianggap menggunakan kata-kata biadab. Ia dikeluarkan di laman Instagram miliknya bagi tujuan promosi.

Antara tulisan berkenaan ialah "jogging sampai kentut", "cantik tak bontot saya" dan "energetic ting tong".

Dalam pada itu, Sakinah berkata dia tidak pernah mengambil peduli tentang kritikan dan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya.

"Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing.

"Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," ujarnya.

Sementara itu, Sakinah baharu sahaja selesai penggambaran filem Pekak dan bakal memulakan penggambaran drama bersiri dalam masa terdekat ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alinone78 14-5-2014 12:25 AM
Suka hati hang la kinah weih
Quote aderaderker 14-5-2014 12:33 AM
Aku nak buat baju ni boleh???


Quote famri7 14-5-2014 12:42 AM
Bagusla filem pekak...pelakonnya pon ummah pekak x makan saman.nauzubillah
Quote beta_carotene 14-5-2014 01:08 AM
pelacur jalanan pun surrender angkat bendera putih katanya dengan attitude minah bimbo ini.

tak terlawankan kebimboan nya.
Quote munchkin 14-5-2014 01:41 AM
Who cares bout your tshirt.
Quote adfiza 14-5-2014 02:13 AM
ada gambok dok baju T tu?
Quote kukuKakiKakaKu 14-5-2014 02:53 AM
Lantak ang la kinah oiiu
Quote pichee 14-5-2014 03:24 AM
Xde effect pn dlm industry...
Quote miss_rose 14-5-2014 07:20 AM
Ape rupa t shirt tu? Xda gmbo ke? Ce tepek dkat sini sape2 yg tahu.
Quote aikee04 14-5-2014 08:00 AM
Jgn dilayan manusia mcm ni.....sbb last2nya kita jugak yg kena
Quote yipun_78 14-5-2014 08:03 AM


sebagai seorang muslimah dan melayu kita ada adab sopan yg sepatutnya terutama sekali jika awak tu masih anak dara ye Sharifah Sakinah
Quote asampodeh 14-5-2014 08:11 AM
miss_rose posted on 14-5-2014 07:20 AM
Ape rupa t shirt tu? Xda gmbo ke? Ce tepek dkat sini sape2 yg tahu.

[attachimg]74175[attachimg]
CYMERA_20140514_080305-1.jpg

ade ke yg nk pkai baju bodoh dia ni..
Quote yusra 14-5-2014 08:13 AM
saingan sengit...wpun bimbo pedulik hape
Quote kucen_miang 14-5-2014 08:22 AM
entah apa la sumbangan minah ting tong ni dlm industri seni. mcm menyemak jer.
Quote budakmanentah 14-5-2014 08:36 AM
muke tebal btol minah ni...kalah kulit bewak...katalah apepon kat dia ni....dia tetap mcm tu jugak
Quote seb_baik 14-5-2014 08:36 AM
kesian aku sbnrnya dgn dia. xde product yg blh naikkan dia. blakon ala kadar. walauapun adik beradik seni tp xjamin blh top. so tpaksa buat camni. tp lagi nmpk bodoh tapi cipan
Quote lasagnaklcc 14-5-2014 08:39 AM
Kalau saya malu kot nak pakai baju ni in public... Taktau la org lain.
Quote lionsleepin 14-5-2014 08:51 AM
dia nk jadi bimbo silakan..
adik2 yg mak bapak penat anto belajor sampai diploma or degree-->mohon jangan jatuhkn darjat anda.
Quote Leonarzi 14-5-2014 08:52 AM
Sakinah ni retis bimbo bangang!!!

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055431 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top