CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Fizo Omar, Mawar Sindir Customer Di Dalam Facebook?

14-5-2014 04:48 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 46556| Komen: 324




KL, 13 MEI 2014: Rasanya ini bukan pertama kali Murai Batu dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya kerana sebelum ini pernah juga terjadi dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.

Tapi baru-baru ini, Murai Batu terima satu kiriman mesej dari seorang pelanggan dan peminat Mawar dan tudungnya mengenai sikap yang kurang ajar admin Mawar Fareed Fanpage seolah-olah mahu menyindir pelanggan di dalam akauan Facebook tersebut.

Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar.

Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.

Entah lah, Murai Batu rasa dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah mat saleh, "customer always right"bukan?


2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 14-5-2014 02:47 PM
cari pasal lagi hahaha

tak learnt a lesson ke depa ni
Quote ell768 14-5-2014 02:48 PM
kuang hajo benor admin hat duk menjawab tu...xleh ke jawab elok2...
Quote adfiza 14-5-2014 02:49 PM
Menyampah betul..
Quote joyahglam 14-5-2014 02:50 PM
mesti pembeli ni beli hat tipu ni
Quote afie_m 14-5-2014 02:58 PM
sombong btl admin fareedah ni..jwpan macam lah xada satu pun produk dia yg ada cacat cela skit pun...
Quote mamaal 14-5-2014 02:58 PM
Tudungku cepat reput. Huhu

Dr x fareeda
Quote bookehkahkoh 14-5-2014 03:00 PM
admin ni makan gaji buta ke apa teruk sgt tu takde skill PR langsung
Quote doubleA 14-5-2014 03:01 PM
tajuk gempak betul, padahal admin fb tu
apapun, siapa pun admin page tu kena lebih berhemah sikit, kalau tak sabar, takyah jadi admin page lebih bagus.
Quote makton 14-5-2014 03:01 PM
mawar & kaum kerabat paridah ni tak de nak skolahkan balik admin2 diorang ni ke?
cara jawab macam nak mintak penampor kokedai je kekdahnya!

jual tudung mahal smpai beribu2 hengget.
tapi nak menjawab soklan cust sgt la low class....
Quote Santeira 14-5-2014 03:02 PM
inilah yg terjadi bila org tak berilmu berbisnes. tak abis2 meroyan. nampak sgt la tudung paritdah tak berkualiti kan. harapkan harga berdentum. sian macit PPRT yg beli tudung ni.
Quote crazecousa 14-5-2014 03:02 PM
bajet bagus minah celaka nih
Quote makton 14-5-2014 03:02 PM
nasib baik aku tak pernah menyumbang sesen pun ke paridah ni.
sombong melangit depa ni! tunggu sok lusa Allah tarik balik smua rezeki kau, baru tahu!
Quote user2012 14-5-2014 03:04 PM
Kat mana sindirannya? Over sensitip kah cik laila tuh?
Quote edoraixora 14-5-2014 03:04 PM
kalo macam ni punye sombong.....aku harap bisnes die melingkup
Quote whadda 14-5-2014 03:09 PM
wah wahh... tak boleh la ade komplen sikit... trus bash si pengadu.... tak leh ke jawab elok2...
Quote miss_rose 14-5-2014 03:10 PM
Mawar jgak yg kene .. xpe kejap lagi abe fizo bekap. Tggu saja la kenyataan dari abe fizo yee.
Quote alieyrina 14-5-2014 03:11 PM
Kalaudgn kwn2 bolehla reply mcm tu...

tp dlm konteks biznes nak jwb dgn customer bukan mcm tu kut ...
Quote cmf_jeangrey 14-5-2014 03:14 PM
kurang ajarnya. untung byk2 tu sila bagi training sikit kt customer service team tu....kalau tak mampu atau kedekut bagi training, takyah nak berFB bagai
Quote SUHA 14-5-2014 03:14 PM
Rasa mcm mawar sendiri je yg jawab...tgk bhasa dah tau,
Cer tgk cra komunikasi dia kt tv masa live nikah, kan nampak xbrapa dr segi pr. Last edited by SUHA on 14-5-2014 03:15 PM

Lihat semua komen(324)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top