CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Azwan Ali Mengamuk Di Tesco Pasal Air 100 Plus!

21-5-2014 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30892| Komen: 98




Khabarnya, Azwan telah diundang menjayakan rakaman program Ketuk Ketuk Ramadan musim baru ini di Tesco Sungai Petani untuk produksi Sheila Rusly yang kini sudah bergelar Hajah.


Eh! Bila masa pulak diaorang ni dah berbaik semula. Tapi, baguslah...Suka Murai Batu bila Azwan Ali dengan Sheila Rusly sudah kembali berdamai serta mengetepikan persengketaan mereka.

Khabarnya meriah betul Sungai Petani Kedah apabila Azwan Ali dengan Sheila Rusly menjayakan rakaman program masakan tersebut.

Namun, ada juga cerita yang tidak begitu sedap. Sewaktu menjayakan rakaman program tersebut, Azwan Ali kehausan dan meminta air minuman 100 Plus daripada Pengurus Produksi atau PM.


Pengurus Produksi atau PM ini pulak bukan nak membantu. Tapi, boleh pulak merungut-rungut serta mendengus-dengus. Malah dengan nada biadap, dia beritahu 100 Plus tidak ada.

Bila tengok perangai dia yang acuh tak acuh dan macam malas nak melayan tu, Azwan Ali pun naik hantulah. Apa lagi straight dia panggil pengurus Tesco Sungai Petani.
Bukan setakat 1 atau 2 botol, Azwan Ali terus diberikan 18 botol 100 Plus. Tak tahulah Murai Batu macam mana rupa PM tu bila tengok Azwan dapat berbotol-botol air minuman isotonik tu.

Apapun, Kes tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Azwan Ali dan Azwan Ali pun teruslah menceritakan apa yang telah berlaku kepada penerbit dan juga pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu. Pendek kata, penerbit sudah take note!

6

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 20-5-2014 07:12 PM
Perasan diva dlm imaginsi sendiri.
Talentless
Quote skymania 20-5-2014 07:18 PM
bukan rancangan neh tuk bulan puasa?
Quote ElmoRed 20-5-2014 07:18 PM
puasa2 hauslah pulak...eh lupa ni kan rancangan utk bulan pose je
Quote prettymanja 20-5-2014 07:24 PM
Diva Azwana meroyan lgik.. Amik ko
Quote debab_78 20-5-2014 07:25 PM
tajok bikin gempak jerrr.. igtkan mengamok yg macamna td.... :@
Quote AbukRokok 20-5-2014 07:29 PM
ooooo rancangan bulan puasa
Quote mawibotak 20-5-2014 07:35 PM
Program je utk bln puasa, tp dia x puasa pun
Quote bimmo 20-5-2014 07:37 PM
Kawan bimmo ada sorg jenis camni...dia sanggup bertekak utk menang...Dulu ada kes dgn Tesco gak.. dia siap suruh org belakang dia g kaunter lain..sbb kes dia x selesai...last sekali dia yg menang...tesco bg dia dgn harga yg murah...
Quote naina 20-5-2014 07:37 PM
wahh bes2.xsbr nk tgk nnti
mesti ada terkantoi rse2 masakan
pahtu sheila bambu blik ckp  "ko xpose!"
Quote ex-bantal.B 20-5-2014 07:42 PM
raja meroyan tak betol ni bergaduh pasal apa dgn shila rusli.tak pernah tahu pulak
Quote hasniey 20-5-2014 07:42 PM
laaa dah ko jemput org tu, bg la air siap2 kt tepi tu
haus kot nak membebel lg, nak wt lwk bodo lg, nak msk lagi

ni mndengus2 pulak
xikhlas la tu wt keje
xpon PM tu anti azwan ali Last edited by hasniey on 20-5-2014 11:57 PM

Quote ex-bantal.B 20-5-2014 07:42 PM
azwan ali suka betol cari kobos.
Quote ex-bantal.B 20-5-2014 07:46 PM
anang bekenyak laik dat
Quote CiliPadiSedap 20-5-2014 08:02 PM
dia ni kan 3 beradik yang buat mak pening,

azmin ali,
Rafidah ali,
Azwan ali
Ibrahim ali
hassan ali
Quote RatuDunia94 20-5-2014 08:05 PM
ex-bantal.B posted on 20-5-2014 07:42 PM
raja meroyan tak betol ni bergaduh pasal apa dgn shila rusli.tak pernah tahu pulak

Azwan Ali dan Sheila Rusly berperang?

Satu lagi kisah gempar yang membisik di telinga Joyah perihal pengacara Azwan Ali dan Sheila Rusly. Joyah terkejut beruk mendengar cerita gempar ini kerana ia berlaku di dalam bulan Ramadan yang mulia.

Joyah pun macam tak percaya macam mana peristiwa seperti ini boleh berlaku. Memang tak sangka.

Hari Sabtu minggu lepas Sheila Rusly mengundang beberapa rakan artis dan wartawan hiburan terdekat ke rumahnya di Gombak, Selangor.

Selain majlis berbuka puasa, majlis sembahyang tarawih turut diadakan di rumah Sheila itu. Banyaklah makanan dan lauk-pauk yang dimasak Sheila termasuklah puding yang ‘dispedo’ (dibuat) oleh seorang wartawan bertubuh tegap untuk sheila.

Yang Joyah nak cerita ni bukan resipi puding tu tapi khabarnya Azwan Ali dah lancarkan perang untuk Sheila gara-gara majlis itu. Khabarnya juga Sheila turut menjemput Azwan untuk menghadiri majlis berbuka puasa berkenaan.
Disebabkan Azwan Ali ada hal, dia tepaksa datang lambat dan telah memaklumkan perkara itu kepada Sheila.
“Tapi Joyah, Sheila kata pada Azwan lambat macam mana pun datang juga kerana pintu rumahnya terbuka untuk Azwan,” kata sumber Joyah.
Malangnya apabila Azwan tiba di depan pintu rumah Sheila itu, khabarnya Sheila kata tak payah datang kerana lauk dah habis dan orang semua dah balik.
Kerana mulut Sheila yang laser itu Azwan sudah sentap dan dia sudah nak berperang dengan Sheila. Pada Joyah, kalau orang yang tak kenal dengan Sheila mesti akan kecil hati kerana mulut dia dah memang tak boleh nak buat apa-apa lagi.

Mungkin Sheila saja bergurau dengan Azwan tetapi Azwan pula yang tersalah petik gurauan Sheila itu.

Ataupun memang lauk sudah habis, Joyah tak tahulah sebab Joyah tak hadir pada majlis itu kerana berbuka puasa dengan kekasih tersayang.

Apa-apa pun Joyah rasa sedih kerana perkara itu menjadi semakin besar. Azwan mungkin tak mahu tegur Sheila kerana berkecil hati dengan peristiwa itu.

Hai... kenapalah jadi macam ni. Bulan Ramadan ni kalau boleh janganlah asyik nak sentap. Bawa-bawalah banyak bersabar.

Kalau betul Azwan terasa hati dengan kata-kata Sheila itu, sudah tibalah masanya Shiela ambil insurans mulut. Tapi Joyah pelik pula sejak bila Azwan pandai nak sentap sebab dia pun laser juga orangnya. Relaks la bro!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm#ixzz32FyMti5L


Quote ex-bantal.B 20-5-2014 08:10 PM
RatuDunia94 posted on 20-5-2014 08:05 PM
Azwan Ali dan Sheila Rusly berperang?

Satu lagi kisah gempar yang membisik di telinga Joyah per ...

thank q ratu.. muahhh
Quote MissLibra 20-5-2014 08:13 PM
sheila rusly mulut memang laser walaupun dia bergurau. Tapi gurau dia sebenarnya sangat kasar. Kalau org jenis hati kecil memang boleh sentap. Alangkan pondan pun sentap dengan dia.
Quote shernazz 20-5-2014 08:13 PM
rasanya memang patut la dia marah kot..
dia mintak kat PM tu, then, PM tu xlayan kan
ko hengat dok depan kamera x penat ke..
musti nak minum
lain la azwan mintak arak ke, jolly shandy ke, layak la ko nak merungut2
Quote solstice 20-5-2014 08:14 PM
Puasa dek non
Harus lah kena in character org berpuasa

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top