CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Afiq Muiz nak lempang Eina?

2-6-2014 12:18 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 33694| Komen: 125


Rasanya ramai yang sudah tahu pelakon Afiq Muiz sudah berbaik dengan ibunya, Hasliza Mohd yang dipanggil ‘umi’. Masa kes gaduh besar dua beranak ini tahun lepas, Cik Pang antara yang paling cepat duduk depan TV dan surat khabar nak tahu perkembangan selanjutnya.


Apatah lagi apabila ada kawan-kawan produser, pengarah dan penulis skrip dah ‘sound’ awal-awal yang mereka sudah senarai hitam nama Afiq dan pelakon Eina Azman yang turut terbabit sama dalam isu itu daripada berlakon dengan produksi mereka. Mereka tidak dapat terima kebiadapan seorang anak kepada ibu kandung sendiri. Malah ia sebagai satu pengajaran juga buat penderhaka ibu bapa. 

Ha! sampai macam itu sekali penangan Tuhan nak tutup rezeki kita sebab derhaka pada ibu.




Terbaru, Cik Pang dapat tahu Afiq dan uminya memang boleh dikatakan tidak berenggang lagi. Baguslah macam tu, syurga di bawah tapak kaki ibu. Kalau derhaka, sah-sah tak bau syurga walau solat sampai bengkak mata dan dahi sekali pun.

Sampaikan ada pihak produksi bercerita pada Cik Pang, jadual penggambaran Afiq mesti tidak boleh terlalu lewat malam. Alasannya, umi Afiq dah masak untuk makan bersama-sama sekeluarga, jadi Afiq perlu balik awal sebaik saja selesai penggambaran.

Dalam kemanisan kisah Afiq dan uminya, kawan Cik Pang ada juga cerita dua beranak ini memang dah berbulu dengan Eina.

Malah Afiq dikatakan pernah keluar ayat kalau dia dan umi nampak Eina, memang akan lempang.


Wah, lempang buaya ke dik? Nampak sangat marahnya Afiq dan uminya pada Eina. Nak kata Cik Pang propa tidak juga, sebab Cik Pang pernah terdengar perbualan Afiq dengan seorang PR artis yang tidak akan datang ke acara hiburan kalau Eina turut hadir.

Apa sebab sampai nak lempang anak orang, Cik Pang pun tak pasti. Nak tahu lebih, kenalah tanya Afiq sendiri.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IhZaQayIzd 1-6-2014 11:31 AM
aik...kenapa nak lempang??
Quote setankuning 1-6-2014 11:33 AM
amboi masa suka lebiu2
dah tak suka nak lempang2
Quote toteng 1-6-2014 11:40 AM
Dh pulak
Quote cikperiukkera 1-6-2014 11:42 AM
2x5 ... Anak derhaka,bekas awek biadap & mak?
Quote mizzmimi 1-6-2014 11:51 AM
Baguslah dah sedar.. Tak payah lah pedulikan eina senduk tu..
Quote Blueberri 1-6-2014 12:04 PM
dulu masa dengan eina pun aku dah boleh agak eina nih yg buat afiq jadi macam tuh...tapi masa tuh afiq nih cinta punya pasal....hati ngan mata dan tertutup tak nampak apa eina nih buat kat dia...dlm melodi pun mak afiq nih ada cakap duit RM30K cepat jer habis...
Quote ida88 1-6-2014 12:05 PM
Amboiii..dulu kemain lagi smpi sanggup lukekan hati mak
Baek tayah komen pape dh psl eina
Patutnye dr awal lagi ko rase berbulu sbb eina ,ko sgp mengdurhaka

Quote fatehana 1-6-2014 12:10 PM
xyah amik kisah psl eina ler afiq
nnt org pulangkan paku buah keras kat ko plk
dulu time suka ikut jer kata si eina
laaa ni jd gini plk
Quote skymania 1-6-2014 12:12 PM
Bodoh punyer jantsn!!!
Quote CiliPadiSedap 1-6-2014 12:13 PM
eina ni ada sedara mara dia dalam cari forum.

akak ada dapat gambar eina yang datang dengan keluarga dia rumah forumer.

nanti ada gosip2 lain akak buka thread.
Quote chinta89 1-6-2014 12:15 PM
amboi..dulu kemainnnnn mbela eina idum kemik tu..

skg dah mancung ye eina idum tu?
Quote ElmoRed 1-6-2014 12:40 PM
motip kuar cite pasal iena??? hahaha
Quote ElmoRed 1-6-2014 12:41 PM
baguslah dah berbaik dgn umi, jgn kerana cinta, sayang pun ilang LAGI
Quote misskitty 1-6-2014 12:42 PM
cik pang ni yang nak kene lempang. tak dengar sendiri dari mulut afiq, buat cerita.
Quote maxim 1-6-2014 12:56 PM
ida88 posted on 1-6-2014 12:05 PM
Amboiii..dulu kemain lagi smpi sanggup lukekan hati mak
Baek tayah komen pape dh psl eina
Patutnye ...




Quote nazsh 1-6-2014 01:01 PM
Suka suki nk lempang ank org..dulu ngata mak sdiri tk ingat dunia
Quote ex-bantal.B 1-6-2014 01:16 PM
kalau afiq muiz ni lempang muka eina ni semakin kemek lah muka eina ni..
Quote Natsu_Dragneel 1-6-2014 01:52 PM
Hmm
Quote clarizsa 1-6-2014 02:02 PM
hang sapa nak lempang anak orang??

pfftt

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.139771 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top