CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram!!

11-6-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23332| Komen: 102

Nora Danish


Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang.

Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.

Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.

Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.

Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.



























Tidak menjadi halangan bagi Nora untuk berkongsi dengan peminat gambar-gambarnya bersama Nedim Nazri.

Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.

Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.

Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.

Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.


Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.

Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.

Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.






































Selfie antara Yusry dan Lisa Surihani.

Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami,   dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.

Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.

Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.

Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).

Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.

1. Nora Danish – 828,000

2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000

3. Lisa Surihani – 601,000

4. Zizan Razak – 589,000

5. Emma Maembong – 588,000

6. Shila Amzah – 558,000

7. Scha Al-Yahya – 525,000

8. Fazura – 500,000

9. Elfira Loy – 493,094

10. Fasha Sandha – 438,000

11. Aaron Aziz – 419,000

12. Neelofa – 409,000

13. Nelydia Senrose – 403,000

14. Erra Fazira – 364,000

15. Nabila Huda – 357,000


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 10-6-2014 12:00 PM
nora budak 15 tahun

Quote jlo 10-6-2014 12:02 PM
sukaaaaa ..nora bagi 5 bintanggg
Quote maxim 10-6-2014 12:03 PM
tahniah nora!! semoga terus gemilang di persada instagram!!
Quote ainie_1008 10-6-2014 12:04 PM
byk yg follow pon sbb nak jual brg je.. klu betul2 karatz hnya brapa org je.. dulu aku follow sbb si rayqal yg comey.
Quote zazazieglers 10-6-2014 12:07 PM
walaupun aku karat tegar mek iti, tapi kerja menyelfie je 24jam buat aku unfollow die teruih
Quote naina 10-6-2014 12:11 PM
nora si ratu selfie.
Quote blackred99 10-6-2014 12:16 PM
sbb dia comel, tu yg org ikut tu.
Quote khailya 10-6-2014 12:18 PM
cantik lisa dalam gambar kt atas tuuu...

siti? selfie sokmo.. bosan aku tgk...
Quote pia250110 10-6-2014 12:19 PM
top di dunia je nak buat ape...
Quote Natsu_Dragneel 10-6-2014 12:20 PM
nora cute !!!
Quote kaki_palsu 10-6-2014 12:39 PM
saya suka.. saya nak kasi 10 rose..
Quote yipun_78 10-6-2014 12:46 PM
comel lak Lisa ngan Yusri buat pose tu...
Quote enchikfitz 10-6-2014 12:51 PM
Menang kat iG tp bersepah "visit my iG".
Quote yipun_78 10-6-2014 12:57 PM
Nowa of coz kiuutttttt
Quote putehkundor 10-6-2014 01:23 PM
Rasanya yg top 10 tu sorg pun x menang kat abp lepas khuen?

Mat haron jah....tu pun no 11.
Quote bambimbom 10-6-2014 01:29 PM
fakezura lg ramai polower dr nelopak...

btw iols pun follow nowa ni tp bkn nye psl minat tp nk skodeng je...
Quote rosasa 10-6-2014 01:31 PM
lepas ni adalah puak2 datang, compare bilangan pengikut nowa & fasha
Quote jeygi 10-6-2014 02:22 PM
kita enjoyyy
Quote SissySembah 10-6-2014 02:24 PM
ada akak kesah?
di instagram jah kan tapi katanya siti yang dapat anugerah laman sosial berpengaruh pelbagai

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063865 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top