CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

‘Sampai Kiamat Pun Tak Habis’- Adam Corrie

8-7-2014 01:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12293| Komen: 41

‘Sampai Kiamat Pun Tak Habis’- Adam Corrie


BENARLAH kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah situasi yang dialami oleh pelakon dan koreografer, Adam Corrie Lee.

Aktor berusia 45 tahun itu banyak berhutang budi kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad lantaran sering mengajaknya ke majlis ilmu selain berusaha membimbing dirinya ke arah yang lebih baik.

Jelasnya, biarpun dia adalah khalifah dalam keluarganya, namun perkara itu tidak menjadi satu hal yang berbangkit buatnya.

"Isteri adalah individu yang banyak membimbing dan mengajar saya. Soal siapa yang membimbing, itu bukanlah persoalannya. Apa yang penting adalah usaha kita hendak belajar.

"Inilah kelebihan ilmu ALLAH SWT," katanya ketika ditemui selepas sidang media Fitrah Ramadan 2014, baru-baru ini.

Adam yang memeluk Islam sejak 2007 memberitahu, sebagai inisiatif dalam mendalami ilmu Islam, dia menyertai Usrah Fitrah sejak dua tahun lalu.

"Sepanjang tempoh dua tahun di Usrah Fitrah, pelbagai perkara berkaitan agama yang saya pelajari dan saya masih lagi belajar.

"Terlalu banyak ilmu ALLAH SWT yang perlu dipelajari. Lagi pun, belajar ilmu ALLAH SWT ini, sampai kiamat pun tidak akan habis! " tegasnya.

Pada masa sama, Adam turut berdakwah dengan mengajak selebriti lain menyertai Usrah Fitrah.

"Jika saya ke set penggambaran, saya tidak lupa mengajak artis-artis lain menyertai Usrah Fitrah.

"Ini kerana, banyak manfaat yang boleh diperoleh. Malah, saya puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Alhamdulillah, setakat ini walau sesibuk mana pun saya, saya akan cuba meluangkan masa untuk menghadiri kelas di Usrah Fitrah,” katanya.

Kesal difitnah sebagai ahli Pas

Dalam pada itu, Adam turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada stesen televisyen (TV) swasta menyenaraihitamkan namanya gara-gara dia dikatakan sebagai ahli Pas.

"Saya ingin menjelaskan yang saya bukanlah ahli Pas atau parti politik lain. Saya cumalah seorang pelakon.

"Gara-gara saya kerap dilihat dengan berpakaian jubah dan berkopiah, ada yang mengatakan saya kononnya ahli Pas.

"Akibatnya, saya terus digam oleh stesen TV," katanya.

Menurutnya, tuduhan itu sekali gus menimbulkan rasa ketidakpuasan hatinya.

"Mengapa saya terus digam? Mengapa tidak bertanya kepada saya dahulu?.

"Kejadian sebegini bukan baru sekali dua berlaku sebaliknya sudah banyak kali terjadi. Bahkan, produk saya turut mengalami nasib yang sama.

"Sekali lagi, ingin saya tegaskan, saya bukan ahli Pas, tapi saya always pass and never failed," katanya.

Tambahnya, keadaan ini turut menyebabkan dia kurang menerima tawaran lakonan namun, berserah semuanya kepada ALLAH SWT.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joyahglam 8-7-2014 10:49 AM
sabar lah corrie..rezki datang dari Allah
Quote haryatie 8-7-2014 10:52 AM
nak kuar TV pun ...ikut parti politik ker..
rezeki ada di mana2..selagi berusaha, mencari, berikhtiar & berdoa
InnsyaAllah ada..

Quote maxim 8-7-2014 10:52 AM
Sempena Ramadan, Adam Corrie Maafkan Penabur Fitnah



PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie melakukan tiga solat sunat iaitu solat Taubat, Istikarah dan Hajat bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah dalam usahanya untuk memaafkan pihak yang telah menabur fitnah terhadapnya sebelum ini.

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 45, berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan dia sudah pun memaafkan pihak terbabit dan sentiasa berdoa agar individu tersebut mendapat hidayah atas kesalahan yang dilakukannya.

"Saya lakukan tiga solat sunat bukan sahaja untuk mendapat petunjuk malah berdoa agar individu berkenaan diberikan hidayah agar dia insaf terhadap perbuatannya terhadap saya.

"Saya tidak mahu berdendam dan telah pun memaafkan atas perkara yang dilakukan terhadap saya sehingga menyebabkan saya dikecam dan periuk nasi saya sebagai pelakon terganggu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.






April tahun lalu Adam pernah membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas oleh pihak tersebut.

Kata Adam, gara-gara kejadian tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan dan keadaan itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.

"Sehingga ke hari ini kejadian itu masih memberi kesan kepada periuk nasi saya tetapi tidak mengapa kerana rezeki itu ditentukan Allah," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, pihak berkenaan tidak pernah tampil memperbetulkan keadaan apatah lagi meminta maaf kepadanya atas kesalahan itu.

"Pihak yang menabur fitnah terhadap saya itu sehingga hari ini tidak meminta maaf kepada saya apatah lagi untuk berjumpa saya.

"Saya tidak pasti sama ada dia sengaja mengelak daripada bertemu dengan saya atau sebenarnya malu untuk berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata, selepas tujuh tahun bergelar seorang mualaf dia kini semakin selesa dan yakin menjalani ibadah puasa berbanding semasa mula-mula memeluk agama itu kerana pengetahuan mengenainya masih cetek.

Jelas Adam lagi, setiap kali tiba Ramadan dia sentiasa cuba meluangkan masa untuk solat Terawih berjemaah di masjid berdekatan.

"Menjalani ibadah puasa, saya tiada masalah kerana sejak kecil memang sudah terbiasa ikut berpuasa jika tiba Ramadan cuma pengetahuan tentang solat Terawih dan perkara-perkara lain membuatkan saya kekok kerana tiada yang membimbing saya.

"Alhamdulillah selepas tujuh tahun saya semakin selesa dan yakin untuk menjalani ibadah berkenaan dan sentiasa ternanti-nantikan waktu solat Terawih," katanya.

Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.

Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie juga telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.

Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.
Quote xtahumenahu 8-7-2014 11:05 AM
baguslah bini dia ni...berusaha bimbing suami..
Quote gekkou 8-7-2014 11:18 AM
bukan senang ppuan nk bimbing lelaki
tahniah
Quote diss69 8-7-2014 11:24 AM
Alhamdulillah dpt istri solehah....
Quote achicha 8-7-2014 11:31 AM
bagus Adam C ni
Quote mamapea 8-7-2014 11:39 AM
semoga abg adam & isteri dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Amin..
Quote cha-cha 8-7-2014 11:40 AM
Hehhe dulu2 i betul2 percaya dia ni jahat kalau dia berlakon.. gerammmm je tengok watak dia nih.. kesian pulak sebabkan konon dia join PAS terus tak dpt tawaran kerja.. artis yang terang2 confirm jadi ahli sure tak dpt job jugak..
Quote azie.dz 8-7-2014 11:44 AM
tatau nak komen apa..

masuk membaca berita jah
Quote schababe 8-7-2014 11:46 AM
alhamduliillah
Quote achik2009 8-7-2014 11:47 AM
azie.dz posted on 8-7-2014 11:44 AM
tatau nak komen apa..

masuk membaca berita jah

tak nak letak hashtag ke?...

#prayforadamcorrielee
Quote lylea 8-7-2014 11:47 AM
tahniah sang isteri.. bukan senang nk membimbing suami mualaf... semoga usaha berterusan mendapat berkat
Quote rimau_belang 8-7-2014 11:48 AM
stesen tv bongok jgk,bias
Quote mokcikKSKB 8-7-2014 11:51 AM
Tv tiga suku yg suka gam org x tentu pasal ni
Quote azie.dz 8-7-2014 11:52 AM
achik2009 posted on 8-7-2014 11:47 AM
tak nak letak hashtag ke?...

#prayforadamcorrielee

jap jap..kena saman ker??
Quote chinta89 8-7-2014 11:52 AM
asal pembangkang terus kena gam? mana keadilannya?

tak kira la pas ke umno ke apa ke.. apesal nak milih2 bulu ni??
Quote sweetfasha 8-7-2014 11:53 AM
apsal kalau jd ahli pas je kena gam?
Quote zwaty 8-7-2014 12:04 PM
suka tagline dia...."senyum selalu...selalu bersangka baik...InsyaAllah hati tnang"

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top