|
Kamal Adli Pernah Melutut Di Hadapan Intan Ladyana Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi. Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini. Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu. Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya. Abang Nara rasa nak menangis membaca kata-kata Kamal Adli ini. Memang jelas terserlah keremukan hatinya.
Ok Abang Nara nak pergi cari tisu kejap. Sedih sangat masa taip nie. Semoga Kamal Adli tabah. Abang Nara faham perasaan anda. Putus cinta memang pedih. Memang boleh tak tidur malam seminggu dua. Sabarlah Kamal. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Semoga Intan Ladyana terbuka hati selepas membaca luahan ini. |




ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.224648 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.