|
Bieber ‘Miskin’ Rm267,400 Kerana Telur New York: Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana insiden baling telur yang dilakukannya Januari lalu.
Penyanyi remaja berkenaan dituduh membaling telur ke arah rumah jirannya sehingga menyebabkan kerosakan teruk. Menurut majalah hiburan TMZ, Bieber melunaskan bayaran ganti rugi itu dan kini mengikuti kelas menangani kemarahan. Buat masa ini Bieber diletakan dalam pemerhatian dan nampaknya dia berusaha untuk membetulkan kesilapannya. Menurut sumber, dia sudah mengikuti enam daripada kelas berkenaan sebelum melakukan kerja kemasyarakatan.
Jika penyanyi berkenaan mematuhi hukuman yang dikenakan, dia dijangka dapat menamatkannya menjelang 10 Februari tahun depan. Bagaimanapun, menurut sumber, tempoh pengawasannya hanya akan berakhir pada 2016.
![]() |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.555657 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.