CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 27749|Reply: 11

‘Apa niat viral balik, kalau saya tak maafkan macam mana’ - Vanidah Imran

[Copy link]
Post time 6-2-2026 12:25 PM | Show all posts |Read mode





Membiarkan diri dicemuh gara-gara kaki menguis janggut aktor Faizal Hussein dalam drama Bidaah, pelakon Vanidah Imran kini lebih peka dengan sensitiviti umum ketika pembikinan siri sambungan naskhah popular itu, Walid.

Vanidah, 53, berkata kecaman daripada penonton yang tidak mengetahui kisah belakang tabir drama berkisar penunggang agama itu membuatkannya semakin menitikberatkan setiap aspek lakonan bagi mengelakkan kontroversi.

“Dulu saya dikritik teruk kerana aksi dalam Bidaah tetapi saya tetap memilih untuk diam. Tiada keperluan menjelaskan kerja saya kepada orang. Ini adalah kerja saya sebagai pelakon.

“Apa pun, bagi drama Walid, saya lebih berjaga-jaga termasuk kawal ekspresi. Penerbit, Erma Fatima ada menegur menyatakan memek muka saya salah. Saya jawab ‘tak kisah’.

“Bukan membangkang, saya buat apa yang saya rasa sesuai dengan watak dan selebihnya, saya serahkan kepada mereka yang pakar dalam proses suntingan.

“Kalau perlu diubah, sunting sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri siaran Viu Original, Walid di Saloma Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini.

Enggan melayani tohmahan yang mengaitkan aksinya dengan pelakuan maksiat, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 itu mengakui terkilan apabila babak Bidaah yang disiarkan tahun lalu ditularkan semula.

“Usia saya pun sudah setengah abad. Cuba jelaskan kepada netizen yang muda dan suka menghakimi, tak perlu. Hendak kata saya buat maksiat atau cakap apa-apa, itu hak mereka.

“Saya cuma tertanya-tanya orang pertama yang tularkan perkara ini ketika Ramadan, apa niatnya? Waktu berbuka puasa, jari itu yang digunakan untuk sebarkan.

“Kalau saya pilih untuk tidak memaafkan, itu hak saya. Niat awak apa bila viralkan? Itu sahaja yang saya mahu tahu,” ujarnya.

Pada masa sama,Vanidah menegaskan kekal berpegang kepada prinsip untuk menjaga maruah diri serta profesionalisme sebagai pelakon.

Baginya, semua komen mahupun kecaman merupakan sebahagian daripada cabaran sebagai penggiat seni lakon.

“Semua yang perlu saya depani adalah sebahagian daripada kerja. Selagi saya tahu siapa diri saya dan menjaga batas, itu sudah cukup.

“Saya juga percaya penonton yang matang akan memahami perbezaan antara watak serta dunia realiti,” katanya.

Terdahulu, menerusi babak yang tular, Vanidah yang membawakan karakter Ummi Rabiatul berbaring di atas katil dan menyentuh janggut ketua ajaran sesat, Walid lakonan Faizal menggunakan kaki.

Menerusi maklum balas netizen di laman sosial, ramai meninggalkan komen negatif kerana kecewa dengan paparan adegan tersebut atas alasan drama itu disiarkan ketika Ramadan.

Menyentuh mengenai sambungan Bidaah iaitu Walid yang bakal menemui penonton pada 26 Februari ini juga pada bulan puasa, Vanidah menyatakan kisah kali ini lebih dramatik.

Naskhah terbitan Rumah Karya Citra ini turut menampilkan Aqasha, Olla Ramlan dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar arahan Pali Yahya.



Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 01:14 PM | Show all posts
Masih cantik walaupun dah nampak usia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 04:16 PM | Show all posts
oh, drama tu nekma ke yg produce? baru tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 04:24 PM | Show all posts
Nasib tak sebut cari di Padang Mahsyar
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
You do you gurllllll
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah. Klip drama, kan? Xde salah pun org nak post. Apa pulak kau xmaafkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2026 08:04 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 6-2-2026 04:16 PM
oh, drama tu nekma ke yg produce? baru tauuu

nekma ni drama dia best2 tp selalu ada isu hot scene ni ek..
wondering how sheols boleh dpt idea begitu haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dok kritik dia ka? Bkn ka org suka sgt citer bidaah ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2026 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berlakon kenapa nak marah org cemuh dsbnya?
Kalau viral semula pun benda2 drama filem, lakonan ni kan byk kali akan ulang tayang...
Tayang dan tayang semula?
So memang open lah utk tontonan, kecaman, pujian... Tak gitu?
Ke aku salah konteks faham. Entahlaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke itu salah satu cara promote drama tu? Kalau tak viral org tak tau la sis..

Lagi satu part dia ckp nekma tegur reaksi muka tp dia ckp 'tak kisah' nanti boleh edit.. Bunyinye bajet2 aje akak ni.. Bukan ke pelakon kena dgr arahan pengarab kat set?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
drama sangat.. nak promote je takkan tu pun nak senthappp.. dasar pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
She ni iras betul dengan dr farrah hani imran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.053166 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list