CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hazama Harap Kontroversi Artis Kpop Dijadikan Pengajaran

19-1-2015 03:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8924| Komen: 24

Hazama Harap Kontroversi Artis Kpop Dijadikan Pengajaran

Hazama belum rancang kahwin.


PETALING JAYA: Penyanyi Hazama menganggap kontroversi aksi sumbang pada konsert kumpulan pop Korea (Kpop) B1A4 di Kuala Lumpur, pada 10 Januari lalu memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlalu mengagungkan penyanyi luar negara.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata, perkara tersebut turut membuka mata ramai terhadap kelakuan buruk penyanyi luar yang dahulu sering dipandang sebagai perkara biasa.

"Bagus juga bila perkara ini berlaku dan ramai pihak yang sedar tentangnya, dahulu lagi penyanyi-penyanyi luar sentiasa diberi kebebasan untuk bersentuhan dengan alasan mereka bukan Melayu dan beragama Islam.

"Kalau artis Malaysia buat tidak betul sedikit sahaja sudah macam-macam cacian diberikan oleh masyarakat. Selain itu, pihak artis luar negara perlu berhati-hati dan memahami sensitiviti masyarakat sebelum mereka datang membuat persembahan di negara ini," katanya.

Hazama berkata demikian ketika diminta mengulas pandangannya terhadap aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika di pentas konsert sehingga mencetuskan kontroversi dan ia menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Sementara itu, Hazama berkata, seseorang artis perlu bijak mengawal peminat fanatik agar tidak bertindak melampaui batas.

"Saya pun ada peminat begitu yang ingin memeluk, tetapi saya cepat-cepat larikan diri. Ada juga orang dewasa yang saya anggap seperti ibu saya ingin memeluk kerana minat sangat tetapi saya cakap baik-baik agar tidak menguris hati," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan terkini, Hazama mengakui sukar untuk membuat keputusan dalam melancarkan single dengan genre tertentu.

Katanya, dalam keadaan negara yang sering kali dilanda musibah membuatkan dia takut untuk melancarkan lagu-lagu yang berentak rancak dan tidak sesuai dengan keadaan.

"Selepas Anugerah Juara Lagu 29 pada Ahad ini, saya akan fokus pada mencari matarial untuk album kedua saya. Namun buat masa sekarang saya akan keluar single dahulu.

"Sekarang memang agak sukar untuk buat keputusan keluar lagu kerana negara kita sering kali dilanda musibah dan bersedih. Saya tidak mahu kalau keluarkan single rancak tidak sesuai pula dengan keadaan negara," ujarnya.

Selain itu, menyentuh tentang percintaan dengan teman wanitanya, Genervie Kam, Hazaman berkata, dia masih belum merancang tentang perkahwinan buat masa ini.

Katanya, masalah perbezaan agama masih menjadi perkara utama yang membataskan hubungan mereka.

10

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ahmad_dhani91 18-1-2015 01:53 PM
gosip sendu sila hencapppppppppppppp
Quote Syd 18-1-2015 01:55 PM
berpeluk ngan peminat..larikkk
peluk ngan gf takpe..
boleh tunjuk2
Quote Orix 18-1-2015 02:10 PM
Syd replied at 18-1-2015 01:55 PM
berpeluk ngan peminat..larikkk
peluk ngan gf takpe..
boleh tunjuk2

aku bru nk ckap bende yg sama... hahaha.... jp lg ad mangkuk hayun tarbiyah ckap jgan samakan satu dosa dgan satu dosa yg lain kekdahnye...
Quote Syd 18-1-2015 02:13 PM
Orix replied at 18-1-2015 02:10 PM
aku bru nk ckap bende yg sama... hahaha.... jp lg ad mangkuk hayun tarbiyah ckap jgan samakan satu ...

pastu terus dapat cap tapak kaki sedas kan?

hehehe
Quote toxicated 18-1-2015 02:25 PM
ahmad_dhani91 replied at 18-1-2015 01:53 PM
gosip sendu sila hencapppppppppppppp

sendunyee gosip ko dek dhani..
cari lagi yg high impact sikit.tunggu malam nanti lah buat thread hencap AJL
Quote Syd 18-1-2015 02:25 PM
toxicated replied at 18-1-2015 02:25 PM
sendunyee gosip ko dek dhani..
cari lagi yg high impact sikit.tunggu malam nanti lah buat thread  ...

ni namanya...

gosip pra-hencap


demi tuk menghangatkan malam nanti
Quote Orix 18-1-2015 02:29 PM
Syd replied at 18-1-2015 02:13 PM
pastu terus dapat cap tapak kaki sedas kan?

hehehe

hahaha.. lepastu bila kita balas balik tarbiyah dia tu,  dia bebal bodoh bangang kan nye ke kita... iskk iskkk
Quote toxicated 18-1-2015 02:30 PM
Edited by toxicated at 18-1-2015 02:38 PM
Syd replied at 18-1-2015 02:25 PM
ni namanya...

gosip pra-hencap

hazama tu pun 2x5..yg reputz sengal pegi tanya pendapat retis yg tak lekang dari memeluk awek..jadahnyee..

syd malam ni iols #teamalyah sbb kesian
Quote mattzzx 18-1-2015 02:31 PM
Harap menjadi pengajaran berguna kepada semua orang...
Quote melinda_kerr 18-1-2015 02:32 PM
Hazama ni sape?
Quote Syd 18-1-2015 02:33 PM
toxicated replied at 18-1-2015 02:30 PM
hazam tu pun 2x5..yg reputz sengal pegi tanya pendapat retis yg tak lekang dari memeluk awek..jada ...

kesian jah tak boleh lagu tu jadik juara..

ai nak tengok persembahan yang warna warni happening semua
yang menghiburkan...

ai nak tengok waris, hattan, hafiz, anak TPM...hazama tapakkaki etc

kalau nak vote sbb kesian, tunggu ABP nanti...
ada nama dia tercalon

sila pangkah 5 lori surat khabar k



Quote Syd 18-1-2015 02:35 PM

ai layan jahh thread nehsbb nak kasi moral support kat adik Fifi Comey
Quote fcl29 18-1-2015 02:35 PM
artis xyah la sibuk komen pasal kes ni.. menampakan kebodohan ko aje
Quote melinda_kerr 18-1-2015 02:39 PM
fcl29 replied at 18-1-2015 02:35 PM
artis xyah la sibuk komen pasal kes ni.. menampakan kebodohan ko aje

Jgn hencap Hazama uols. Dia hanya menjawab apa wartwan tanya. Uols hencap aje wartwan sendu yg takde topik nk tanya.. Hazama ni sendu2 manja gituhh
Quote Syd 18-1-2015 02:39 PM
nuar zeng lom ada komen kan?
dia selalu jadik mangsa gomolan peminat
Quote toxicated 18-1-2015 02:39 PM
Syd replied at 18-1-2015 02:33 PM
kesian jah tak boleh lagu tu jadik juara..

ai nak tengok persembahan yang warna warni happening ...

tak la sbb kesian sgt tp lagu alyah tu sedap gak bg iols..nak tgk drama je malam ni kot2 ade drama2. or pengacara duk sindir2. siapa host?
Quote Syd 18-1-2015 02:47 PM
toxicated replied at 18-1-2015 02:39 PM
tak la sbb kesian sgt tp lagu alyah tu sedap gak bg iols..nak tgk drama je malam ni kot2 ade drama ...

sebut pasal pengacara..

alaaaaaa....
takde pengacara best lain ker?

ke sain kontrak sampai pencen?
Quote ahmad_dhani91 18-1-2015 04:11 PM
toxicated replied at 18-1-2015 02:25 PM
sendunyee gosip ko dek dhani..
cari lagi yg high impact sikit.tunggu malam nanti lah buat thread  ...

kaka tunggu malam ni k, lagi meletuppppppppppppp thread iols

atau pun iols buat2 citer meletup sebar dalam porum kalau susah sangat
Quote toxicated 18-1-2015 04:27 PM
ahmad_dhani91 replied at 18-1-2015 04:11 PM
kaka tunggu malam ni k, lagi meletuppppppppppppp thread iols

atau pun iols buat2 citer meletu ...

kaka wait for your melencap (meletup+hencap) thread menjelang malam nanti k, pondani..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.142038 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top