CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini - Neelofa

13-2-2015 06:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15062| Komen: 65

Tiada Perancangan Kahwin Tahun Ini - Neelofa


KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd. Noor menyatakan buat masa ini dia tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga, biarpun baru saja menginjak usia 26 tahun pada 10 Februari lalu.


Neelofa berkata, ketika ini dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada bidang perniagaan dan kerjaya seninya terutama dalam bidang pengacaraan.

"Apa yang saya boleh cakap, memang tiada perancangan untuk berkahwin ketika ini.

"Lagipun saya tidak berasa terlalu terdesak mendirikan rumah tangga sekarang kerana banyak perkara lagi yang ingin saya capai," ujarnya ketika sambutan hari ulang tahunnya ke-26 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan hari ini.

Ketika ditanya mengenai perancangannya pula, pengacara program MeleTOP itu menyatakan dia mahu kembali berlakon setelah dua tahun meninggalkan bidang tersebut.

Ujarnya, buat permulaan ini dia lebih gemar sekiranya di diberikan tawaran untuk membintangi telefilem terlebih dahulu.

"Tentang watak pula, saya tidak kisah untuk diberikan apa sahaja peranan serta jalan ceritanya.

"Tidak semestinya kalau sudah bertudung, saya kena berlakon dalam produk berbentuk keagamaan sahaja," jelasnya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdira 13-2-2015 11:16 AM
ikut suka mu la lopa
Quote MsCinderella 13-2-2015 11:17 AM
yer la tu....
Quote idadzira 13-2-2015 11:17 AM
banyak dapat hadiah lopa.....bak seketul
Quote kucen_miang 13-2-2015 12:07 PM
Tak berlakon balik pun takpe kelopak..lakonan pun agak kayu.
Quote doubleA 13-2-2015 12:10 PM
Asal lopa je isu kawen apsal? Memang org tertunggu2 dia kawen atau dia yg nampak terdesak nak kawen?
Quote DayangKirana 13-2-2015 12:27 PM
so..ape citer dengan kerabat tuh? tunda or tak jadi? or sebenarnye memang takde langsung?
Quote CrowneGlory 13-2-2015 01:18 PM
Ko jgn sampai jd kertu mcm missfake pulak lopa...
Quote agusta 13-2-2015 01:20 PM
Tua sblm tua
Quote kendoff 13-2-2015 01:59 PM
apapun.lopa mmg manis bila bertudung..
Quote arira_arora 13-2-2015 02:06 PM
lofa tu muda lagi... lek la pn.. lain la dah umur 30ann... meroyan tk kisah tp dok mentioned nk kawen 10kali..
oppsss...
Quote duyong95 13-2-2015 02:24 PM
eleh...ye ke?
Quote bazinga 13-2-2015 03:02 PM
Macam macam cite  lopa ni.. Jgn tahun ni asik kuar cite kawin sampai ke sudah..
Hehehe, anyway, better up kan skill mengacara, berlakon tu takpelah
Quote bioessence 13-2-2015 03:24 PM
I nak beli shawl neelofake je tak mau beli neelofa. Material nya sama. Alahai dah la lebih murah lagi
Quote tomet05 13-2-2015 03:32 PM
semoga ketemu yyang ganteng2 kan
Quote bioessence 13-2-2015 03:37 PM
DayangKirana posted on 13-2-2015 12:27 PM
so..ape citer dengan kerabat tuh? tunda or tak jadi? or sebenarnye memang takde langsung?

Keluarga nya kena polish tatabahasa bila bercakap. Memasing nak berlawan sape laser. Kata nya nabila lagi laser dari ameera.Pergh...bayangkan je la mulut memasing ahli keluarga lofa ni. Kalau gaduh mesti burok. Tak ada la gaduh manja2 sweet gitu. Bole ngam ke dgn kerabat kalau mcm ni
Quote darlingangel 13-2-2015 03:50 PM
ya lor tak terdesak nak mendirikan rumahtangga.. tu yang a few months ago sibukk post photo with babies, post quotes for your 'future' daughter... tu apa tu? time gossip dengan istana tengah kencang. what was that?
Quote lemon210 13-2-2015 04:09 PM
ikut kaulah dek non
Quote kintan 13-2-2015 04:39 PM
suka ko la dek... akak tak kisah pun.. janji ko jemput akak
Quote adeqo 13-2-2015 06:16 PM
yeay!!! akhirnya lofa mu nak kembali berlakonnn jugakk..
rindu nk tgok lakonan dia...

ye, amik telemovie je dulu...

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.250757 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top