CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Joe Flizzow Kata Lagu Baek Tak Layak Masuk Ajl

12-3-2015 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15284| Komen: 38

Joe Flizzow sedar yang lagu BAEK tak layak masuk AJL[hehehe]



Selepas kejayaan penyanyi rap, Joe Flizzow menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 29, ramai peminat yang meletakkan harapan agar hasil ciptaannya berkualiti seperti lagu Apa Khabar.

Tambahan pula dia yang kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Baek’ tidak mahu menjadikan single tersebut sebagai satu perbandingan.

Sejujurnya lagu Baek memang susah untuk mencapai tahap kejayaan seperti Apa Khabar. Tambahan pula Baek sememangnya tidak mampu dipertandingkan di AJL.

“Saya bukanlah seorang yang berniat mencipta lagu hanya untuk menang anugerah. Itu bukan cara saya bekerja.

“Tambahan pula harapan peminat untuk menantikan lagu yang setaraf Apa Khabar tidak menjadi satu tekanan buat saya untuk menghasilkan lebih banyak lagi lagu pada masa akan datang.


“Saya tak nak jadi sterotaip yang hanya akan buat lagu rentak dan jenis yang sama sahaja. Saya lebih suka mempelbagaikan rentak muzik,”

Dari sini : http://www.manggaonline.com.my/j ... ak-layak-masuk-ajl/

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 12-3-2015 10:41 AM
Too phat tidak akan kembali sampai bila-bila kata Joe FLIZZOW



“Buat masa sekarang ini memang tiada perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

“Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang ini saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu.

“Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi,” kata Joe yang ditemui pada rakaman Muzik Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas, semalam.
Quote enchikfitz 12-3-2015 10:44 AM
Lagu BAEK tu bagi ai agak sampah jugak liriknya. Tak masuk AJL pun x pe. Jatuh prestij.

Quote azimodin 12-3-2015 11:15 AM
Bagi aku lagi BAEK ni sama saja level kesampahan bingit telinga dengan HAVOC
Quote capiloton 12-3-2015 11:22 AM
kalo lagu too phat yg ni menang juara lagu takpe la jugak..
ini apa khabar.. puii

[youtube]wsw4BdDMs0U[/youtube]
Quote cowey 12-3-2015 11:41 AM
baek tak masuk radio lg BAEK..

hahaha
Quote miabebe 12-3-2015 11:44 AM
Tp bj budak baik mmg thorbaek
Quote siti_kus 12-3-2015 11:48 AM
tapi beat baek best. hehe.
Quote aseela 12-3-2015 11:48 AM
aku orang johor...
baekkk baekk baekkk....
Quote atapnipah 12-3-2015 12:02 PM
sampah sangat lagu baek ni.

sori joe, lu punya lirik straight to the point.

aku suka lirik malique.

sinis, banyak maksud tersirat.

lirik baek yg x boleh blah - ada mention psl janda, anak dara..? apakejadahnya?

Quote tomet05 12-3-2015 12:30 PM
baju budak m=baek ada kat paso malam x ?
Quote MissMamamia75 12-3-2015 01:27 PM
TerBAEK statement nih..
aku mmg pening dengor lagu BAEK nih..
laki aku kabor..skrg senang je org buat lagu..
rentak music mcm org bercakap ala2 malas.....hip hop skit
dah kluar lagu...ahaks..
Quote clarizsa 12-3-2015 01:37 PM
baguslah dia sedar diri............

cmne ye lagu baek itu? x pernah dgr...
Quote haiku 12-3-2015 04:36 PM
Memang sepatutnya pun.
Lirik alahaii :zz

At least lirik Apa Khabar okay.
Quote vender 12-3-2015 05:48 PM
smlm baru dgr lagu baek rasanya..mcm up date lagu apa khabar je..
Quote supernaturalee 12-3-2015 05:49 PM
bagus la tuan punya lagu sedar diri
tp aku layan je lagu baek ni
beat die bagus & sedap
Quote missDollie 12-3-2015 06:32 PM
joe ni buat lirik asal boleh jah..janji ayat belakang bunyi dekat sama walopn tak masuk akal k..lagipun bbnu ja yang dok ratib lagu beliau ni..
Quote axl_bach 12-3-2015 11:01 PM
missDollie replied at 12-3-2015 06:32 PM
joe ni buat lirik asal boleh jah..janji ayat belakang bunyi dekat sama walopn tak masuk akal k..lagi ...

tu laa pasal....antara yg aku xleh hadam adalah Semua berkobar2 nak jadi macam Escobar..........

Watch how we run it like Mahathir bukan Lokman,Lu pi mai pi mai tang tu pusing bulatan Rothmans, Tinggal lu belakang macam Kagawa Dortmund
......

dan paling sampah adalah Ku masih ingat pesanmu, Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Quote doubleA 13-3-2015 12:44 AM
Mbeakk. Bagus la sedar sendiri
Quote lazim 13-3-2015 02:25 AM
MissMamamia75 replied at 12-3-2015 01:27 PM
TerBAEK statement nih..
aku mmg pening dengor lagu BAEK nih..
laki aku kabor..skrg senang j ...

bila uols kawen

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059696 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top