CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zed Zaidi: ‘Itu kerja Pak Menteri'

24-6-2013 12:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6283| Komen: 13



PERKEMBANGAN
industri sememangnya menunjukkan peningkatan positif di mana pengkarya dan penggiat seni berlumba-lumba menghasilkan produk yang mampu memenuhi selera penonton.

Namun, dalam keghairahan itu, mungkin mereka terlepas pandang mengenai beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan sehinggalah ada sesetengah pihak mula tampil menegur.

Walaupun perkara ini pernah dibangkitkan pada satu ketika dahulu, ianya tidak diberi perhatian khusus oleh pihak yang berkenaan.

Sehinggalah, baru-baru ini, veteran Umno mendesak supaya semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengkaji semula bentuk program hiburan yang dilihat boleh melalaikan orang Melayu Islam di negara ini.

Dalam kenyataan itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub mendesak semua pihak termasuk stesen televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya mengadakan diskusi bagi mencari jalan penyelesaian.

Menurutnya, ia perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program hiburan di kalangan orang Melayu.

Selain menggesa agar diwujudkan satu garis panduan untuk setiap program yang disusun, Mustapha juga turut mempersoalkan pengurusan masa untuk sesebuah acara yang tidak mementingkan waktu-waktu solat.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang mengenai fenomena suka berhibur di kalangan orang Melayu yang boleh membawa kepada faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampaui batas.

Untuk mendapatkan pandangan daripada penggiat seni tempatan, Zass mendapatkan reaksi beberapa pengarah dan penerbit serta menyusun satu temu bual eksklusif bersama Presiden Seniman, Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Pada hemah anda, adakah budaya hedonisme (suka berhibur) semakin menular di kalangan masyarakat Melayu?
Hiburan adalah satu bentuk terapi yang digunakan hampir keseluruhan masyarakat . Tidak dinafikan, hiburan yang ada mampu membantu kita ‘lari’ seketika daripada masalah yang ada. Namun, ia bergantung kepada bentuk hiburan kerana kita berhak memilih hiburan yang tepat agar ianya tidak mengundang permasalahan di kemudian hari. Tidak salah sekiranya kita berhibur sekali sekala untuk bergembira dan menghilangkan stress. Namun, jangan pula jadikan ia sebagai perkara yang sebati dalam kehidupan seharian.

Adakah hiburan yang sedia ada ini boleh melalaikan masyarakat terutamanya orang Melayu?
Sebagai penonton, kita berhak memilih apa jua bentuk hiburan yang kita mahukan. Namun, perkara ini tidak boleh diletakkan kesalahan pada golongan penghibur kerana mereka hanyalah bekerja. Tapi, saya tak rasa pula hiburan tempatan boleh melalaikan masyarakat.

Apa yang saya lihat, pengaruh hiburan dan budaya luar banyak memberi impak negatif kepada kita. Lihat sahajalah filem-filem dan produk barat yang masuk ke negara kita tanpa pemantauan dari pihak yang berkenaan.Jadi, kenapa pula anak seni tempatan yang terkena tempiasnya?

Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan?
Kementerian sepatutnya memainkan peranan dalam hal ini. Setiap dasar yang ditetapkan dikawal oleh kerajaan dan kementerian. Namun, bila sesuatu perkara terjadi, kami sebagai NGO dan badan-badan bawahan akan terkena tempias sekali. Sepatutnya, veteran Umno itu tidak menggunakan medium ini sebagai cara menegur kerana perkara ini boleh disuarakan dalam bentuk perbincangan antara pihak tertinggi. Ini adalah cara lama yang tidak boleh diguna pakai. Cara ini menunjukkan mereka tidak berpuas hati dengan cara anak seni bekerja sedangkan garis panduan ini tidak termaktub dalam dasar kementerian. Ia boleh merumitkan lagi keadaan.

Perlu diingatkan, sumbangan anak seni bukanlah sekangkang kera. Kami juga adalah menyumbang kepada ekonomi negara. Malah, selepas PRU13, sumbangan dan kehadiran kami mula mendapat perhatian. Perkara ini seharusnya disuarakan kepada kementerian dan kerajaan sahaja kerana sebagai NGO, kami hanya mampu menjadi pendesak.

Adakah anda tidak bersetuju dengan desakan itu?

Saya bukan tidak setuju dengan desakan, Cuma cara sahaja yang salah. Saya menyahut cadangan itu dengan membawa industri ke arah yang lebih Islamik. Sebelum ini juga saya pernah menganjurkan program Islamik dan berhasrat agar anak seni menerima baik pendekatan itu. Untuk mengajak mereka secara paksaan, ia sukar dan tak mungkin memberi kesan yang baik. Mereka bebas membuat apa sahaja sekiranya ia tidak termaktub dalam dasar dan polisi kerajaan. Siapa kita untuk melarang daripada memakai seksi, tidak bersentuhan dengan golongan bukan muhrim dan bekerja mengikut waktu yang ditetapkan? Semua ini tiada dalam dasar. Jadi, sebab itulah saya berpendapat, perkara ini akan berubah hanya dengan kuasa Menteri dengan menggubal semula dasar dan polisi.

Adakah perkara ini berjaya dilaksanakan jika mendapat respons daripada Menteri?
Kenapa tidak? Menteri mempunyai kuasa untuk mengubah dasar. Hanya menteri menerusi kementeriannya sahaja yang boleh mengubah perkara ini. Namun, saya sendiri tidak pasti bagaimana bentuk pelaksanaan itu kerana sejak kementerian dipecahkan kepada tiga bahagian, ia semakin merumitkan keadaan. Saya sendiri tidak pasti untuk berhubung dengan kementerian mana sekiranya ada perkara yang ingin diusulkan. Ia semakin rumit.

Kesimpulannya, apa yang anda harapkan daripada menteri dan juga kementerian?
Sebagai menteri yang diberi mandat untuk membawa industri ke tahap yang lebih membanggakan, beliau haruslah memberi khidmat yang terbaik. Selain memantau perjalanan industri, beliau juga harus turun padang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan anak seni. Bukan itu sahaja, malah dengan cara itu, beliau akan tahu permasalahan anak seni dari akar umbi. Perlu diingatkan, sekiranya menteri dan kementerian gagal dalam memberi yang terbaik dalam membela nasib rakat, kemungkinan besar, mereka tidak akan diberi kepercayaan untuk mentadbir pada masa yang akan datang. Itulah antara salah satu sebab mengapa artis lebih ramai bertindak menyokong puak pembangkang. Sebagai pucuk pimpinan anak seni, saya menyedari permasalahan mereka dan berharap agar pihak yang berkenaan tidak terlepas pandang mengenai perkara ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 24-6-2013 12:15 PM
wow..dah pandai tunding jari dah...

tai chi sudah bermula..
Quote kakiputaralam 24-6-2013 12:20 PM
Apa la masalah si jawa nie

Quote toksira 24-6-2013 12:22 PM
Kenapa perlu menunggu Kerajaan mengubah dasar?


Kenapa Seniman TIDAK memulakan usaha utk membawa industri hiburan kpd level yg lebih Islamik?


Don't take the easy way out by blaming the govt...
Last edited by toksira on 24-6-2013 12:23 PM

Quote pakweneelofa 24-6-2013 12:23 PM
hiburan malaya berorientasikan maksiat...nk suci2 pegi palastin la... HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!
Quote bulanbulat 24-6-2013 12:30 PM
. Tapi, saya tak rasa pula hiburan tempatan boleh melalaikan masyarakat.

Apa yang saya lihat, pengaruh hiburan dan budaya luar banyak memberi impak negatif kepada kita. Lihat sahajalah filem-filem dan produk barat yang masuk ke negara kita tanpa pemantauan dari pihak yang berkenaan.Jadi, kenapa pula anak seni tempatan yang terkena tempiasnya?


ye lah filem melayu mana ada cerita dedah-dedah paha dan bahu, tunjuk scene romen, scene buli sampai budak-budak tiru tagline..

mana ada retis yang perangai tak senonoh, semua baik baik keluar video tak lucah, membina macam video mat luhfi tu
Quote tomet05 24-6-2013 02:15 PM
tuding sama jari dia la
Quote honeynuyun 24-6-2013 03:26 PM
zed zaidi sekarang ni dah jd org besarlah kan...sbb tu dia dah mcm2..
Quote nia_bella 24-6-2013 05:26 PM
tak tau nak cakap apa..
Quote garyura 24-6-2013 08:07 PM
tiba2 aku teringat tok mat....pasal dia la rockers2 suma terpaksa kerat rambut, nasyid2 ni berkumdandang dgn selawat2 kat rtm, kod filem u,18sg, 18sx suma tu...tp skg......aku rasa kabinet perlukan org2 sebegini yg buat keje dgn ikhlas
Quote Nina9 24-6-2013 08:10 PM
Yg dari Barat semua tu dah terang2 diaorg bukan Islam.

Yg artis2 Malaysia ni majoriti orang Islam. Acaner tu?
Quote angsaemas 24-6-2013 08:37 PM
setuju perbykkn hiburan berbentuk Islamic terutama filem & drama & tolong bg lebih byk job utk artis yg berhijab.
kurangkn program realiti yg tah apa2..
Quote me_lisa 24-6-2013 09:16 PM
kalau kita tak mulakan siapa lagi
asyik2 nak tunggu orang buat
Quote alesandra 24-6-2013 09:22 PM
kenapa nak tunggu kerajaan?bukan ke kerajaan tu bagi sesetengah pihak pemberi rezeki.kang eccentric skit soru miss

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060819 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top