CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

IG Ira Kazar kena hurung, ramai beri kata-kata semangat - “Ira sabar ya, berdiam lebih baik dan kekal merendah diri"

19-8-2024 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37959| Komen: 79

 


Akaun Instagram isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Ira Kazar menjadi tumpuan apabila netizen mula ‘berkampung’ bagi mendapatkan pengesahan mengenai berita perceraian mereka yang menjadi topik perbualan hangat hari ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen, bertanya kesahihan dakwaan Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang tadi.

“Betul ke kena cerai?

“Sah ke Syamsul fail cerai? Saya datang ke sini selepas baca berita,” komen netizen.

Meskipun begitu, ada yang menitipkan pujian terhadap Ira kerana tidak pernah membalas setiap cemuhan yang dilemparkan terhadapnya.

Kebanyakan netizen juga turut memuji penampilan Ira yang dilihat semakin cantik.

“Ira sabar ya, berdiam lebih baik dan kekal merendah diri.

“Apa sahaja yang akan terjadi sekiranya betul berita hangat yg sedang viral, hadapi sahaja dengan tenang. Percayalah ada pelangi menanti dihadapan, Ira muda lagi dan kuatkan semangat!” kata netizen lagi.


Hari ini, peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan cerai terhadap Ira.

Menurutnya, perceraian tersebut difailkan Syamsul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pukul 2 petang hari ini.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: KOSMO! ONLINE.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chichaque 19-8-2024 10:46 PM
berapa banyak thread daaa. neway you reap what you sow
Quote anilanil 19-8-2024 11:03 PM
Netizen menunggu kemunculan ira di podcast.
Quote Kampungpeoplesz 19-8-2024 11:46 PM
Asal tgk muka bini, tetap jua muka apaknya si kazar yang di bayangi si soley soley ni tu pasal tak tahan dah kot tu yg caw gamaknya kuikui
Quote rosannazmia 19-8-2024 11:53 PM
Hanya mampu tersengih sinis.... Tp sambil menahan sabar tuk kluarkan kata2 menganjirrr... Smuga baik2 aja tuk kalian ya
Quote ladyxez 19-8-2024 11:56 PM
Menahan diri dari komen
Quote pocongkiutss 19-8-2024 11:59 PM
Mana2 bini yg dicurangi pun plsss..jgn terkinja2 buat benda bodoh..anda cuma akan memberikan markah percuma pd penyondol..lay low sudah
Quote pocongkiutss 20-8-2024 12:02 AM
Amboii..sampai 3 tu thread .udoh2 le tuu
Quote ayukpingu 20-8-2024 08:43 AM
Jadi anak Kaza ni..tiga2 pegang status J lah yer?
Quote suri33 20-8-2024 09:25 AM
ayukpingu: Jadi anak Kaza ni..tiga2 pegan ...
iya sis. Hebat pak kaza bela anak.
Quote aciksenah 20-8-2024 09:26 AM
Cantik IK pakai tudung mcm tu...jaga imej..jaga adab...lepas ni move on. Jangan terjerat dengan cinta suami orang lagi tau. Cari yang betul2 sayangkan awak. Gituhh kata2 semangat diberikan.
Ntah kenapa I ada soft spot dengan IK ni..tak macam janda gersang sebelah sana..ytjt..
Quote Lavender_Violet 20-8-2024 09:40 AM
aciksenah replied at 20-8-2024 09:26 AM
Cantik IK pakai tudung mcm tu...jaga imej..jaga adab...lepas ni move on. Jangan terjerat dengan cint ...

Maybe sbb dia tak pung pang
Dan dah diwarning oleh Sol utk tak komen atau post apa2
Whilst behind Sol, senyap2 dia buat... mcm block follower dia yg follow atau like PS
Cunning dia ni
Dah jd bini Sol je baru senyap
Masa time nak merampas Sol...perghhh...mcm2 dia buat yg tak terjangkau dek akal fikiran
Quote Shayang 20-8-2024 09:44 AM
Dah kenapa netizen acah2 nak amik berat plak
Quote Shayang 20-8-2024 09:47 AM
Lavender_Violet replied at 20-8-2024 09:40 AM
Maybe sbb dia tak pung pang
Dan dah diwarning oleh Sol utk tak komen atau post apa2
Whilst behind  ...

Haah bahasa dia rempit weh
Kan ada je dia gaduh2 sblm ni ngn netizen kat ig siap perasan ramai peminat lagi hahahah

Takyah la nk idolakan dia ni
Pelik aku gigih netizen nk simpati bagai
Tah apa tujuan dia rakam video ngn laki org sblm ni
Nk ugut ke apa
Ujung2 makan diri sendiri bila video sampai ke jawi.
Quote IzzahF 20-8-2024 09:49 AM
Shayang replied at 20-8-2024 09:44 AM
Dah kenapa netizen acah2 nak amik berat plak

nurtizen busybody je hahaha

Quote zehra2 20-8-2024 09:59 AM
pelik jugek Kazar clan tak berbunyi apa.. dah dpt sekebun musang king ke..
Quote Diamondmoney 20-8-2024 10:20 AM
Lavender_Violet replied at 20-8-2024 09:40 AM
Maybe sbb dia tak pung pang
Dan dah diwarning oleh Sol utk tak komen atau post apa2
Whilst behind  ...

Tak sangka ada yg memuja ik

Lupa agaknya ik tnjuk gmbr dia on top walau gmbr kartun sebagai ilustrasi kejadian sbnr

Paling best katanya
Quote Diamondmoney 20-8-2024 10:21 AM
zehra2 replied at 20-8-2024 09:59 AM
pelik jugek Kazar clan tak berbunyi apa.. dah dpt sekebun musang king ke..

Tak bunyi?

Smlm dia da menganjing tinmah masa awl2 viral kes sol fail serai
Quote moonela 20-8-2024 10:26 AM
Shayang replied at 20-8-2024 09:47 AM
Haah bahasa dia rempit weh
Kan ada je dia gaduh2 sblm ni ngn netizen kat ig siap perasan ramai pem ...

Pernah ada forumer spill IK ni cakap kasar
siap cakap kat Soley aku sepak kau kang
serammmm



Quote Kerusijati 20-8-2024 10:28 AM
aciksenah replied at 20-8-2024 09:26 AM
Cantik IK pakai tudung mcm tu...jaga imej..jaga adab...lepas ni move on. Jangan terjerat dengan cint ...

Selamat acik senah level 9

Klau level 1 aku nk tuduh ik lakukan penyamaran ops penyucian diri..

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-9-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.159650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top